Friday, November 28, 2008

ketabahan seorang UMMI~

malam itu hujan renyai-renyai membasahi bumi seri kembangan mahupun kawasan sekitarnya termasuk putrajaya dan cyberjaya...aku tidak tahu kenapa malam itu seakan-akan bakal mengundang sesuatu perkara..air mata ku juga begitu senang mengalir..aku termanggu..dlm pemikiran ku cukup serabut..bermacam-macam perkara tenggelam timbul bersama bunyi hujan yang hampir-hampir menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti tetapi tidak..aku cuba menghubungi sahabatku, sekadar cuba mencari jalan menenangkan perasaan ku..panggilan itu tidak berangkat..tidak tahu mengapa lama benar aku tidak bercakap dgn nya..mungkin juga dia busy..sekali lag air mata ku mengalir..tidak tahu apa yg harus ku buat walaupun ku tahu bertimbun-timbun assignment yg menanti utk di uruskan.

tiba-tiba~

kring...kring..deringan nada bunyi lelaki idaman nyanyian melly Goeslaw mengejutkan aku..kuperhatikan pada skrin..jelas tertera perkataan 'MAMALUFF calling'..ummi call?kenapa? lantas aku mengesat air mata ku dan cuba mengawal kembali nada suaraku..

aku : hallo...assalamualaikum ummi..
ummi : waalaikumussalam...akak ade klas x skang ni? abg mana?abg ada klas??free x skang ni??

bertalu-talu soalan itu keluar dr mulut ummi..aku mula merasakan sesuatu yg buruk terjadi..suara ummi jelas bergetar membuatkan aku makin berdebar..lalu aku menjawab dgn nada selamba~

aku : xde pape ummi..ngah relaks2 je..abg je ngah buat assignment dia..esok ada submission..kenapa ummi?
ummi : tolong ummi...angah accident..kat putrajaya..dia skang kat hospital serdang..ummi kat shah alam..lmbt lag nak sampai..pergi tgk angah kat hospital serdang boleh??

aku tersentak..ternyata apa yg aku bimbangkan terjadi juga...arh..lantas aku bertukar pakaian dan memandu bumble menuju ke hospital serdang dgn kadar segera...bermacam-macam perkara bermain di fikiran ku~bimbang sekali utk berdepan perkara yg di luar jangkaanku..aku cuba berzikir dan berdoa supaya angah tidak apa-apa. Hudzaifah di sebelahku juga begitu..x berani bersuara dan memikirkan apa yg bakal kami lalui kelak.

sampai shj di hospital serdang..aku dan hudzaifah terus meluru ke wad kecemasan..semakin dekat langkah kami ke situ..semakin aku tidak dpt mengawal perasaan..aku kuatkan juga semangatku bg persediaan menghadapi apa shj yg bermain di fikiran..wajah angah silih berganti..senyuman dan gurauan nya bagai mengganggu perjalanan ku menuju ke wad kecemasan. aku terus meluru ke kaunter pendaftaran bg bertanya kan dia..tp jwpn hampa yang aku perolehi~aku tidak dibenarkan berjumpa dgnnya walaupun aku merupakan ahli keluarga terdekatnya...lantas aku menunggu di suatu penjuru..cuba menenangkan perasaan ku yg tidak keruan. aku cuba menghubungi ummi..aku tahu..jika aku berperasaan begitu..apatah lagi ummi yg melahirkan dan membesarkan angah dari kecil..sikap angah yg degil menyebabkan ummi lebih byk memberi perhatian kpdnya..memang dari kecil..ummi selalu turutkan apa sahaja kemahuan angah. sikap angah yang kadang-kadang membelakangi ibubapa..membuatkan ummi lebih menyayanginya dan menuruti apa sahaja yang angah hendaki..

lamunan aku dikejutkan dengan kehadiran ummi di hadapanku..aku dpt melihat dgn jelas kebimbangan yg terpampar di wajah ummi..lantas ummi bertanya dgn ku bagaimana keadaan angah..aku menjelaskan kpdnya bahawa kami tidak dibenarkan masuk kedalam..ummi terus menelefon seseorg. tiba-tiba timbul seorg perempuan muda..mungkin hanya beberapa tahun lebih tua dariku..lantas perempuan itu memperkenalkan dirinya dan membawa kami berjumpa dgn 'mereka' yang bersama angah ketika kejadian. di salah satu ruangan bilik kecemasan..aku lihat salah seorg dr 'mereka' duduk di atas katil dan yg lainnya kulihat hanya cedera ringan. ummi lantas masuk ke dalam bilik itu dan meluru ke arah 'mereka'. ku sangkakan ummi mahu menyerang mereka krn mengakibatkan angah kemalangan. tetapi jangkaan aku meleset. lantas ummi bertanyakan dengan lembut..."macam mana boleh jadi mcm ni?..kan kak wan da pesan...dah larang..jangan keluar malam...nak buat apa pergi jauh-jauh sampai putrajaya..tengah-tengah hujan ni...semua perempuan pulak tu..kenapa xnak dengar kata2 org tua?"

semua tertunduk...masing2 x berani mengeluarkan kata2..ketika itu hanya air mata shj yg memberi jawapan kpd pertanyaan ummi..ku lihat wajah ummi sambil memegang bahunya..ku lihat ummi sedikit pun tidak mengalirkan air mata..aku tahu..walaupun air mata ummi tidak mengalir..tetapi dalam hatinya..hanya ALLAH shj yg tahu betapa siksanya ummi mengetahui tentang perkara yang terjadi ini..yg jauh sekali di luar jangkaanya.. ummi menyambung kembali "aimi mana?macam mana dgn dia?" saat itu br ummi bertanyakan angah setelah sedar yang angah tidak ada bersama 'mereka'. 'mereka' lantas menjawab,"xtahulah kak wan...aimi ada dlm wad kecemasan lag..tadi aimi tercampak keluar kereta..dari tad dia ada kat dlm.."

ummi menggemgam erat tanganku~saat itu ummi seperti mengalirkan kebimbangannya kepada ku..aku dan ummi berpandangan..aku seperti memahami apa yg bermain dlm pemikiran nya..ku pandang wajah sayu ummi..tiba-tiba perempuan yang membawa ummi kpd 'mereka' tadi bersuara.."ummi, saya rasa..ummi masuk je ke dlm tgk anak ummi..usah hiraukan apa yg nurse tu ckp..masuk je..saya tadi pun pkai masuk je..." aku dan ummi mengikut perempuan itu kedalam wad kecemasan..mencari2 kelibat angah..di sepanjang perjalanan ke wad itu..aku mengemgam tangan ummi.sejuk.tangan ummi menggeletar..aku dpt mendengar..selawat dan zikir tidak lekang dari mulut ummi.aku memeluk bahu ummi..sekadar mahu menenangkan perasaannya..

tiba-tiba~

ummi berhenti..."angah....angah..." aku lihat satu tubuh di atas sebuah katil di suatu penjuru...angah menyedari kehadiran kami.."ummi....ummi..maafkan angah ummi..." itu sahaja yang lahir dr mulut angah..aku, angah dan juga perempuan tad menangis..tetapi tidak ummi..melihatkan keadaan angah yang tidak mampu bgn hatta mengerakkan anggota tubuh badannya melainkan hanya sebelah tangan shj..membuatkan aku bertambah sayu....muka angah bercalar-balar dek kerana akibat accident itu..telinga angah koyak dek kerana tercampak keluar kereta dan tersembam...aku yg berada di belakng ummi..menyedari yg tubuh ummi semakin lemah..ummi seperti tidak mampu berdiri lagi melihat keadaan angah begitu..aku segera menghulurkan ummi kerusi..ummi duduk menenangkan diri..sambil itu aku berbual2 dgn angah...perkataan maaf tidak lekang dari mulut angah atas kesilapannya yg tidak meminta izin dgn ummi sebelum keluar pada malam itu..aku lihat ummi hanya diam..seperti mencari-cari ketenangan dalam kekusutan mindanya..sekali lagi aku menggemgam tangan ummi..ku cuba kuatkan hati juga supaya air mata ini tidak mengalir lagi..aku cuba menenangkan ummi dgn mengatakan angah xde apa2..mungkin hanya patah tangan atau kaki shj..aku cuba juga melirik senyuman utk ummi supaya ummi terasa lebih lega..angah juga cuba tersenyum menyembunyikan kesakitan yg di alami di depan ummi..

kerana tidak boleh lama..aku dan ummi terpaksa keluar dr wad kecemasan..dan menunggu di luar wad.sebelum keluar..aku sempat menemani ummi ke bilik air kerana ummi termuntah. aku tahu..ummi sebenarnya tidak tahan melihat anaknya tersiksa di dlm wad kecemasan..

itulah ketabahan ummi menghadapi apa sahaja cabaran dan ujian yg Allah berikan kepadanya..sungguh aku kagum dengan semangat yg ada padanya...ku doakan ummi sentiasa kuat menghadapi ujian drpd-Nya..ku doakan juga supaya aku juga diberikan kekuatan itu utk menghadapi hari-hari ku kelak~

..::Terima Kasih Ummi ::..

p/s : ya Allah...Engkau sembuhkan lah adikku..berikanlah dia kekuatan untuk mengahadapi hari-harinya kelak~
angah sedang di rawat di hospital Ampang Puteri di tingkat 5, bilik 543..sesiapa yg ingin melawat msg sy dulu k!

Monday, November 17, 2008

Bengkel : ya, saya seorang muslim

kenali agama anda dan kenapa anda mesti menjadi muslim!!
let's grab the chance!!
p/s : teringat zaman berulang-alik ke gombak semata-mata utk menyertai prog ini..pengalaman yg sgt manis!!

Wednesday, November 12, 2008

Bala dan sikap orang mukmin

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mon | Nov 10, 08 | 10:53:26 am MYT

Allah ini suka menguji. Orang miskin pun Dia datangkan bala. Orang kaya pun Dia datangkan bala. Negeri dan negara pun sama. Orang baik pun kena. Orang jahat pun kena.

Sebelum kita membicarakan persoalan bala dan ujian dengan lebih lanjut, mari kita sama-sama teliti terlebih dahulu pengertian Ayat Allah SWT seperti di bawah:

"Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." - (Surah Al-Anbiya: 35)

Ertinya di sini, apa saja yang buruk atau baik adalah bala dan ujian yang datang ditentukan oleh Allah SWT.

Malang sedikit, dalam kamus kehidupan orang Melayu, bala cuma dirujuk kepada kesusahan. Sebut saja bala, ia hanya dikaitkan dengan malapetaka dan musibah. Mari kita lihat apa yang disebut di dalam buku-buku kamus Melayu.

Bala bermakna kejadian buruk yang menimpa diri seseorang (seperti kemalangan dan sebagainya) atau sesuatu tempat (seperti gempa bumi, banjir besar, kemarau dan sebagainya), bencana, malapetaka. � di petik dari Kamus Dewan Edisi Keempat muka surat 113.

Dari segi Islam, bala ini bererti ujian, bukan kemusnahan. Ia satu tajuk besar. Dalam rezeki yang semakin bertambah dan pangkat yang semakin naik pun ada bala dan ujian.

Dalam kaya, miskin, sakit, sembuh, berjaya atau gagal dalam peperiksaan - semuanya adalah ujian. Ia bertujuan untuk menguji keimanan dan kesabaran seseorang. Tahap ilmu dan istiqamah seseorang itu boleh diukur melalui pelbagai sikapnya ketika diuji oleh bala Allah SWT.

Bagi orang kaya, bala kekayaan itu disusuli dengan membayar hutang atau mengeluarkan zakat ataupun tidak. Bagi orang miskin, bala kemiskinan itu akan menyebabkan dia mencuri atau merompak ataupun tidak?

Untuk memperkayakan dimensi kefahaman kita mengenai bala, mari kita renung erti bala atau lebih tepat, ujian seperti yang dipandu oleh Al-Quran dalam ayat-ayat yang lain:

i) Orang kaya diturunkan bala (diuji) dengan orang miskin:

"Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang yang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang kaya itu) berkata: "Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah oleh Allah kepada mereka?" (Allah berfirman): "Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepadaNya)?" - (Surah Al An'am: 53)

ii) Bala (diuji) bagi orang yang ingin masuk Syurga:

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?' Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." - (Surah Al Baqarah: 214)

iii) Kaya dan miskin sebagai bala yakni ujian:

"Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: 'Tuhanku telah memuliakanku.' Adapun bila Tuhannya mengujinya dengan cara membatasi rezekinya maka dia berkata: 'Tuhanku menghinakanku.' Sesekali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim. (ertinya kalah dalam ujian)." - (Surah Al Fajr: 15�17)

Dari beberapa petikan Ayat Al-Quran seperti di atas, Insya Allah, kita akan menjadi semakin jelas hakikat bala yang sebenarnya. Ia lebih bersifat ujian.

Bagi si kaya, bagaimana dia boleh menangani bala apabila rezeki perniagaannya semakin melimpah. Benar-benar sedarkah dia bahawa dia sedang diuji oleh Allah SWT. Bagi si miskin, bagaimana dia dapat sabar menangani bala apabila dia diuji dengan keadaan hidup semakin sempit. Atau bagaimana pula keadaannya apabila si kaya tadi ditimpa bala (yakni ujian sebenarnya) apabila dengan tiba-tiba misalnya perniagaannya tiba-tiba jatuh bankrap?

Begitu juga dengan kemelesetan ekonomi dunia yang sedang melanda semua negara kini. Saham jatuh. Inflasi melambung. Nilai mata wang merudum. Dengan tiba-tiba pula pengeluaran makanan berkurangan. Harga bahan api yang tidak menentu. Kepanasan global dan krisis moral yang cukup kritikal. Ini semua bala yang menguji keimanan dan kesabaran.

Inilah yang saya selalu tekankan tentang kepentingan takwa. Ia satu jenis brek yang dapat mewaraskan setiap manusia. Baik dicuba dalam waktu aman atau krisis, orang beriman yang sentiasa dipupuk oleh kesedaran takwa akan sentiasa yakin bahawa dalam keadaan miskin dia tidak akan menipu, mencuri atau merompak.

Atau dalam keadaan yang (katakan) dia menjadi kaya, dia juga akan mengeluarkan zakat, membantu orang miskin, menubuhkan tabung-tabung dan yayasan-yayasan kebajikan segera. Orang yang memiliki takwa tidak akan terganggu dengan bala yang ditakdirkan ke atas diri dan keluarganya.

Bagi sesebuah negara pula, selain dari bersabar dan memahami punca dan fenomena bala, negara itu sendiri perlu menjalani proses muhasabah. Muhasabah boleh jadi wajar dimulakan dengan pertanyaan-pertanyaan ringkas seperti berikut:

i) Tidak ada kena mengenakah negara ini dengan Allah SWT, selaku Tuhan yang menjadikan dan memiliki kerajaan langit dan bumi? Mustahil kita semua ini tidak ada kena-mengena dengan Allah SWT.

ii) Benarkah amalan negara ini yang memisah agama dari pemerintahan? Bila negara membuang agama dari pemerintahan, maka Islam yang telah dibuang itu mahu diganti dengan apa? Dengan isme ciptaan manusia? Dengan nafsu? Dengan agama lain?

iii) Tidakkah segala nikmat di atas langit yang diturunkan, disediakan di atas, di permukaan bumi dan di dalam perut bumi itu adalah dari anugerah Allah SWT?

iv) Tidakkah Dia yang mampu memberi akan juga turut mampu mengehad, menyekat atau merampasnya?

v) Apakah sekadar ikhtiar berupa meminjam duit KWSP untuk disuntik ke dalam pasaran saham dan hal-hal yang seumpamanya sahaja yang perlu dilakukan?

Jika saya menyebut tentang takwa sebagai 'brek' di peringkat individu, maka takwa jugalah jawapannya untuk negara. Di atas nama takwa, negara harus elakkan kerja-kerja membazirkan wang rakyat kerana membazir itu "saudara kepada syaitan".

Hentikan salah guna wang rakyat. Lepaskan tahanan-tahanan yang dizalimi di bawah ISA. Hentikan serta merta amalan rasuah, tumbuk rusuk, dan pemberian tender yang tidak didasarkan kepada merit.

Beri tempat yang sewajarnya kepada hukum dan peraturan Allah SWT. Perbanyakkan majlis-majlis yang menyuburkan maaruf, majlis-majlis ilmu, tazkirah dan tazkiyah. Jangan ditaja kerja-kerja mungkar.

Yakinlah kepada kandungan ayat al-Quran yang bermaksud: "Sebanyak mana benda halal, semuanya akan mendatangkan guna kepada manusia. (Sebaliknya) tiap-tiap benda haram, ia akan memudaratkan manusia".

Inilah saja jalan penyelesaian yang boleh mengeluarkan individu atau negara daripada kegelapan kejahilan. Jika tidak, bala akan hanya menjadi kita semakin hanyut.

Tanpa mengambil iktibar dari panduan ayat-ayat Allah, kita dikhuatiri menjadi kebingungan. Lebih malang apabila kita tidak dapat memanfaatkan ujian dan bala daripada Allah itu secara orang yang berfikir.

Ini mungkin "kerana sesungguhnya, bukanlah mata itu buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada". - (Surah Al-Hajj: 46)

Akhirnya orang yang malang ini akan terperangkap dalam penyakit "penafian" (denial syndrome). Setiap yang dilakukan oleh orang lain akan dipandang sebagai tidak betul. Nau'zubillah minta dijauhkan Allah.- tajdid_


Sunday, November 9, 2008

cuti itu~


bismillahirrahmanirrahim~


hurm..lama da x update blog ni..mungkin krn ketidakstabilan diri menyebabkan saya kurang mengambil perhatian pd blog ini..mungkin juga keserabutan dlm kepala mengakibatkan sy kekurangan idea utk bercerita di sini...haihz~sekali lagi sy tidak istiqamah di dalam perbuatan saya...

hurm..mungkin azam br pd permulaan semester yang br di buka ini memberi lembaran dan semangat baru bg sy...sekali lagi sy menyimpan harapan supaya sy mempunyai kekuatan menstabilkan diri supaya tidak dipengaruhi oleh perkara2 sekeliling...

cuti semester br je lepas...seperti kawan2 lain sy menyimpan hasrat utk berehat sepuas2nya...niat di hati mahu menenangkan pkran kat mana2 tempat menarik di semenanjung Malaysia ini tp lain pula jadinya...

minggu per1 -
  • sibuk menguruskan adik2 yg sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun...kalo x di uruskan mereka..alamatnya x tahu lah ape nak jadi~haizzz!
  • berulang alik menguruskan tadika yg kurang terurus itu~menjadi guru x bertauliah pulak tetibe~heh!
  • menguruskan PC br Encik Hulfa~haiz....inilah satu2 nye lelaki yg x tahu langsung psl computer~ades!
  • bermain perasaan...tetapi kecewa di kemudian hari!huh...tamo ingat da....!
  • menyedia and memeriksa account tuk satu club di Malaysia...huh!account mmg memeningkan!
minggu ke2 -
  • tetibe demam teruk melanda~badan gatal2...tp degil xmo jupe doc..akibatnya demam seminggu...ape boleyh cakap lag..padan muka!=D
  • tengah demam uruskan jugak tadika ummi yg masih kelam kabut itu~tp penat hilang bile tgk muka baby2 n dak2 kecik kat nursery tuh!windunye kat shaghir, husna, adam kecil, adam besar, haris, irfan, alya n ramai lag la..=(! nanti cikgu ain dtg jupe kamu yerp!
  • jadi peneman ummi kemana shj ummi pergi...bak kata pepatah...duduk di bawah ketiak mak sepnjng masa~betul ke pepatah tu??lantak argh!
  • demam semakin teruk!
  • jumaat~ummi masuk hospital sbb demam yg sama tp da terlalu teruk..haizzz! sian ummi...
  • sabtu~saya pulak masuk hospital cuz demam da teruk! siap tumbuh ruam kat seluruh badan...haiz!!takutnye tgk muke sy time tu..mcm gorrillazzz!
minggu ke3 -
  • hari-hari di habiskan di hospital...mcm biasa rutinnya..bgn pagi sarapan, makan ubat, tito, amik darah and temperature, tito..seb baik nurse2 sgt la baik n chumel...including doctor sakinah yg friendly and cun melecun~doctor sakinah kata saya demam virus!haiz..nape tyme ni plak virus tu berminat dgn sy!
  • pulang dr hospital hari rabu~paksa doctor sakinah tuk melepaskan sy kuar hospital..kalo ikut doc smpi ari ni pun kne duk hospital~haiz!!!burink2..
  • balik dr hospital trus siapkan keje2 yg da bertangguh...alamak aizz!manyak nye keje..sian bumble tade time rest bile tuan die kuar hospital~kesian2...bumble x sempat mandi pun that week..
  • hantar dewi and hitam p hospital~cuz derang plak sakit..sian derang..lama tangguh tuk bwk derang g jupe doc..sory yerp dewi! sory yerp hitam!
  • cat rumah yg x sempat siap tyme cuti yg lepas!haiz..after 1 sem br nk sambung..itupun x sempat siap...alamatnya nk cat umah tu amik masa 1 year...itula jadinya kalo nk jimat uang!hahaha=D
  • pi mengangkat barang encik munzir tersayang di asrama yg terletak nun jauh di saaannnaa!
  • pi berkebun and menangkap ikan keli!besh!
itula perkara2 yg sy buat sepanjang cuti tu..bile di baca semula..tade la manyak sgt mende sy buat..tp sibuk mengalahkan Perdana Menteri~itu baru menguruskan soal peribadi..camne la bile sy ingin menguruskan soal luaran pulak~haiz...penin2...

minta maaf kpd sume sahabat2 sy krn tyme cuti ari tu sy x dpt mereply msg, pick up phone and contact sume sahabat2..maaf sekali lagi..sy akui itu kesilapan sy dan kegagalan sy menghandle diri..jangan marah2 ye~

p/s : penat bermain perasaan...ya Allah...buanglah ia dari diri ini kerana ia hanya menjadi parasit dlm perjuangan menegakkan agama-Mu..AMIN!!

Thursday, September 11, 2008

erm...sedapnya kuih raya!!!

erm....nampak sedap kan kuih raya tu??
tempah la sementara stock masih ada!!!!tp bukan kat sy tau...

>> abes tu??
>>>kan da ade contact nama kat brochure tu...
tempah jgn x tempah!!

Sunday, September 7, 2008

Gejala forward tanpa usul, surat berantai & horoskop

Gejala Forward Tanpa Usul, Surat Berantai & Horoskop

Ketiga-tiga perkara di atas sudah tentu telah menjadi kebiasaan kita menerima atau melakukannya. Ini kerana mentaliti masyarakat yang memandang remeh akibat perbuatan mereka, dimana kemungkinan ada rakan kita yang teraniaya kerananya.

Sering kita terima mesej-mesej yang di-forward-kan melalui e-mel ataupun Instant Messenger yang hampir semuanya datang tanpa usul periksa orang yang melakukan. Padahal mungkin mesej itu direka untuk menganiaya pihak tertentu, dalam bidang politik, bisnes, pengaiban dan sebagainya. Apakah dalam keghairahan ingin berkongsi berita panas dan sensasi, kita lupa untuk mempertimbangkan kebarangkalian berita itu palsu? Ini adalah bertentangan dengan ajaran al-Quran:

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat 49:6)

Namun bukan semua yang di-forward berunsur berita atau fitnah. Banyak juga yang dipanggil Surat Berantai ataupun "Chain Letter", dimana ia menuntut kita melakukan sesuatu seperti mengedarkan mesej tersebut sebanyak beberapa kali, supaya terselamat dari suatu bala atau supaya hajat kita tercapai. Tidakkah kita mencari perlindungan entiti lain apabila kita melakukan seperti dituntut kerana takut bala akan menimpa? Sedarlah bahawa:

Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui. (Al-Ankabut 29:41)

Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah. (Al-Hajj 22:73)

Dan apabila kita melakukan seperti yang dituntut surat berantai tersebut, tiba-tiba hajat kita benar-benar tercapai. Kebetulankah? Rugilah kita andai tergolong dalam golongan yang percaya tercapainya hajat kita kerana melakukan perbuatan-perbuatan syirik seperti yang disebut dalam hadis ini yang bermaksud:

Dari Zaid bin Khalid al-Juhani, katanya: "Kami bersembahyang subuh dengan Rasulullah s.a.w. di Hudaibiah, sedangkan pada malamnya hujan turun. Setelah selesai, beliau menghadapkan mukanya kepada orang banyak seraya berkata: "Taukah kamu apa yang telah dikatakan Allah?" Jawab mereka itu: "Allah dan RasulNyalah yang mengetahui." Kata Rasulullah s.a.w.: "Allah telah berkata: "Pada pagi ini ada diantara hamba-hambaKu yang percaya kepadaKu dan ada pula yang ingkar; adapun yang mengatakan: "Kita telah kedatangan hujan dari kurnia Allah dan rahmatNya, maka orang itulah yang beriman kepadaKu dan ingkar kepada bintang-bintang; adapun yang berkata, kita telah dituruni hujan sebab bintang Anu dan bintang Anu, maka orang itulah ingkar kepadaku dan percaya kepada bintang-bintang. " (Sahih Muslim, 1:132:33)

Mahukah kita tergolong dalam golongan orang yang percaya bahawa bintang sekian yang menjadikan sesuatu kejadian? Adakah kita percaya takdir Allah telah tersurat didalam horoskop rekaan manusia? Fikirkan.

Dapat kita perhati bahawa tuntutan ayat-ayat al-Quran dan hadis di atas adalah untuk memastikan keharmonian umat Islam melalui penggunaan akal bagi membezakan yang baik dan buruk. Siasatlah usul berita sebelum menyebarkannya. Berlindunglah pada Allah. Berimanlah pada Allah dan iringilah usaha dengan doa dalam keinginan mencapai suatu hajat. Marilah kita merenung ayat berikut agar menjadi peringatan kepada kita:

"... dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akal-nya." (Yunus 10:100)

Akhir kata, sama-samalah kita menggunakan akal demi menjamin keadilan dan kesejahteraan umat.

Ahmad Syazwan bin Md. Sani
Head of Academic & Career Bureau
Usrah Institution 2008/2009
Multimedia University
Cyberjaya Campus

p/s : pernah ditegur org dek kerana gara-gara perbuatan ini...Alhamdulillah...teguran itu mengajar penulis beringat sebelum forward! selamat berpuasa semua!!

Friday, September 5, 2008

am i strong enough??

hurm....ramadhan sudah berlangsung 5 hari...berbeza dr tahun lepas aku merasakan ramadhan kali ini memberi cabaran baru buat diri ku...sungguh aku terasa berat menghadapi setiap hari2 yg akan berlangsung..mungkin ini salah satu cara Allah ingin menguji sejauh mana aku mampu bertahan terhadap semua ujian nya....tetapi bila di hitung..br shj 5 hari berpuasa aku hampir give up..kdg2 aku bertanya...am i strong enough to face all this?tp cepat2 aku beristighfar memandangkan Allah tidak akan menguji hamba-Nya sekiranya hamba itu tidak mampu menghadapi ujian-Nya...

"semoga aku sentiasa tabah menghadapi ujian-Nya"

Tuesday, August 19, 2008

benarkah politik(siasah) kotor?

Ustaz Zainudin Hashim
Fri | Jul 11, 08 | 3:08:00 pm MYT

Bagi warganegara yang tidak mengambil tahu mengenai perjalanan politik dalam negara, sudah tentu mempunyai alasan sendiri untuk mengatakan ketidak-persetujuan mereka tentang perjalanan sistem politik yang dilihat sebagai meruncing, apatah lagi ia dianggap kotor lagi menjijikkan oleh sesetengah pihak.


Benarkah politik di Malaysia atau di negara-negara umat Islam bersifat demikian, lebih-lebih lagi tiada mana negara-negara umat Islam yang menjalankan sistem politik yang berasaskan Siasah Syariah sebagai undang-undang tertinggi negara, kerana senario politik menunjukkan, bahawa negara-negara Arab sama ada di utara Afrika dan di Teluk lebih cenderung kepada sistem politik Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme dan sebagainya.

Apatah lagi jika para pemimpin negara terlibat dalam kes-kes rasuah kemudian ia ditukar kepada istilah politik wang bagi mengelabui rakyat, konspirasi jatuh-menjatuh antara satu sama lain, salah laku, skandal, mengaut keuntungan daripada projek-projek mega yang hanya berkisar di kalangan mereka sudah menjadi sinonim yang bukan lagi rahsia yang perlu ditutup.

Tindakan-tindakan negatif seumpama itu memberi impak besar kepada kelancaran perjalanan sistem politik negara, yang akhirnya mengheret rakyat untuk membenarkan tindakan mereka. Tidakkah pengamalan politik seumpama itu mencemari demokrasi yang difahami umum sebagai satu sistem yang boleh dipercayai?

Justeru, penjelasan mengenai politik sama ada kotor atau sebaliknya perlu diberi pendedahan secara ilmiah.

Ia bertujuan mendidik rakyat agar sentiasa menjadi individu warganegara yang bukan hanya sekadar menerima pelaksanaan sesuatu konsep politik, malah bersedia untuk berdebat bagi menegakkan kebenaran politik yang bersumberkan kepada wahyu kebenaran Ilahi.

Jika pelaksanaan sistem politik dalam sesebuah negara berjalan mengikut kebenaran wahyu Ilahi, maka maksud sesuatu penyelewengan dalam sistem politik tidak akan berlaku seperti yang ditegaskan.

Konsep politik dari sudut teori, praktikal

Ia merupakan antara disiplin ilmu penting serta mempunyai kedudukan tersendiri.

Ada pun dari sudut praktikal ia memberi kebaikan jika negara ditadbir mengikut lunas-lunas sistem pentadbiran dan pemerintahan berasaskan kebenaran agama yang diceduk daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w., kerana sejarah telah membuktikan bahawa sistem politik yang ditadbir oleh baginda Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik sepanjang zaman.

Sehubungan itu, Imam Ibn al-Qaiyim al-Jawziah berpendapat, bahawa politik adalah satu perlakuan manusia untuk membawa kebaikan menyeluruh serta menjauhkan mereka daripada sebarang bentuk kerosakan yang bercanggah dengan hukum Syariat Allah SWT.

Politik yang baik menurut beliau, ialah satu sistem pentadbiran negara penuh suasana keadilan selari dengan tuntutan ajaran Allah dalam al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. (sila lihat at-Turuq al-Hukmiah fi as-Siasah al-Syar'iah m.s 13-15)

Sementara Imam al-Ghazali pula mentakrifkan politik, sebagai dunia yang menjadi tempat bercucuk tanam untuk mendapatkan hasil di akhirat.

Tidak sempurna agama melainkan dihubungkan dengan dunia, sebagaimana tidak sempurna sesebuah kerajaan tanpa agama, kerana kedua-duanya adalah kembar yang tidak boleh terpisah antara satu sama lain. Agama itu adalah pokok, pemerintah adalah penjaganya, sesuatu perkara yang tidak ada pokoknya maka ia akan hancur dan sesuatu yang tidak ada penjaganya, maka ia akan hilang. (Ihyak Ulum al-Din 1/17 bab tentang ilmu, Dar al-Makrifah, Beirut).

Konsep pemerintah menurut hukum Siasah Syar'iah

Para ulama bersepakat menyatakan, bahawa pemerintah (khalifah) adalah pengganti kepada pelaksana Syariat Islam pertama iaitu Nabi Muhammad s.a.w., di mana baginda merupakan penjaga kepada agama Islam dan dasar-dasar politik dunia yang berteraskan kepada agama.

Baginda Rasulullah s.a.w. bukan sahaja seorang pendidik, motivator, hakim, malah seorang ahli politik yang berjaya sebagai ketua negara atau pemerintah umat Islam yang disusuli dengan para pemerintah di kalangan Khulafa Rasyidun yang telah melakarkan sejarah gemilang kerana berjaya memerintah negara dengan penuh keadilan dan keharmonian hidup bermasyarakat berasaskan ilmu pengetahuan dan keimanan yang kental.

Tetapi apa yang menjadi masalah kepada rakyat di negara-negara umat Islam hari ini, ialah mereka tidak mendapatkan para pemerintah yang melaksanakan sistem politik dalam negara masing-masing yang bersih, adil, telus, kerana ia diimport daripada peraturan dan undang-undang barat yang memisahkan pentadbiran negara daripada agama.

Maka lahirlah para pemimpin atau pemerintah yang memiliki cita rasa memerintah dengan peraturan yang sedikit pun tidak ada kena mengena dengan Islam. Mereka sanggup menjadi penyambung golongan penjajah yang memisahkan rakyat daripada agama, malah memperkenalkan ideologi falsafah yang cenderung kepada mengutamakan akal semata-mata.

Justeru, lahirlah gerakan-gerakan Islam yang tersohor seperti Ikhwan Muslimun di Mesir dan beberapa negara Arab lain, Jamaat Islami di Pakistan, Masyumi di Indonesia, MILF di Filipina, PAS di Malaysia dan sebagainya yang berani memasuki arena politik kerana ia adalah sebahagian daripada ajaran Islam. Mereka melihat bahawa hukum dan undang-undang Islam tidak akan sempurna melainkan terlibat dalam politik bagi memegang kuasa eksekutif untuk melaksanakan Islam.

Sikap dan tindakan berani gerakan Islam berkenaan menceburi bidang politik, sedikit sebanyak mengubah persepsi dan tanggapan masyarakat, bahawa Islam hanya boleh dibahaskan di masjid-masjid atau pun di surau-surau, malah membebaskan pemikiran masyarakat tidak hanya beranggapan bahawa ahli politik tidak boleh bercakap mengenai agama, sedangkan baginda Rasulullah menerusi sirahnya telah membuktikan keupayaan sebagai pemimpin negara, pentadbir atau imam di masjid tanpa melakukan pemisahan antara agama dan politik.

Apabila tidak ada individu yang faham Islam dengan sebaik-baiknya menceburi politik, sudah pasti banyak elemen agama tidak boleh diperjuangkan. Ini dapat dilihat bagaimana parti-parti politik berhaluan Islam di Algeria dan Tunisia tewas dan segelintir sahaja sebagai wakil rakyat di Parlimen, maka pihak berkuasa yang berhaluan Sekular sebagai golongan majoriti telah mengisytiharkan pengharaman pemakaian hijab (tudung kepala) di universiti-universiti seluruh negara tanpa dapat dihalang kerana ketiadaan kuasa untuk menghalang.

Malah pihak berkuasa begitu angkuh dengan nada sinis mengatakan di Parlimen, bahawa pemakaian hijab itu bukan sebahagian daripada pakaian Islam, malah ia lebih kepada pakaian suku kaum tertentu, sebagaimana solat hari raya di kawasan lapang bukanlah sunnah nabi, malah ia adalah solat politik yang dicetuskan oleh pembangkang.

Justeru, tindakan kejam pemerintah dengan membelakangkan hukum-hukum Allah, sedikit sebanyak memberi gambaran yang tidak sihat mengenai Islam, pada masa sama tindakan memberi dan menerima rasuah, berkepentingan adalah di antara aspek yang dikenal pasti merosakkan imej Islam di mata masyarakat hingga menyifatkan politik adalah satu agenda atau wadah jijik lagi kotor yang sepatutnya dijauhi.

Inilah kejayaan penjajah yang berjaya menanam bibit-bibit fahaman Sekular dalam minda, cara dan gaya hidup umat Islam agar terus berbangga bahawa Sekular lebih baik daripada Islam.

Rasulullah contoh terbaik ahli politik

Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w. bukan sekadar menyeru manusia seluruhnya untuk beribadat dalam konteks solat semata-mata, tetapi perkara yang lebih besar daripada itu, iaitu menjalankan tugas utama manusia di muka bumi ini menjadi khalifah Allah, dengan melaksanakan segala hukum-hakam Allah.

Apabila ia berjaya dilaksanakan dalam sebuah negara yang diperintah oleh individu yang cintakan Islam, maka seluruh bentuk ibadat khusus dan umum boleh dilakukan tanpa sebarang sekatan dan halangan.

Kekhilafahan yang dijalankan oleh baginda itu, berteraskan kebenaran wahyu Ilahi walaupun pada masa itu ayat-ayat al-Quran masih di peringkat penurunan sedikit demi sedikit, tetapi apa yang penting kesediaan dan kesanggupan baginda yang dibantu oleh para sahabat untuk mendaulatkan Syariat agama Allah dalam bentuk yang lebih praktikal.

Sebagai ahli politik berpengaruh yang mentadbir negara, baginda meletakkan asas-asas keimanan menjadi agenda utama dalam diri segenap manusia tanpa mengira perbezaan suku kaum, malah telah menyediakan dasar dalam dan luar negara yang komited kepada Islam.

Mengenai dasar politik dalam negara, baginda menyediakan asas kemudahan rakyat sama ada dari sudut pembelajaran, keperluan hidup menjadi tanggungjawab pemerintah seperti air, api dan padang rumput yang boelh dikongsi sama oleh segenapa lapisan masyarakat.

Sementara dasar luar negara pula, baginda berusaha untuk memperkenalkan Islam kepada para pemerintah melelaui para utusan baginda bagi menyakan kesediaan mereka untuk memilih Islam sebagai pegangan hidup.

Justeru, baginda mengarahkan umat Islam supaya mengeluarkan zakat dan bukan Islam pula dikenakan bayar cukai, ia tidak lain adalah bertujuan untuk keharmonian rakyat sejagat melalui agenda mantap sistem perekonomian yang berteraskan al-Quran.

Kejayaan baginda itu ditiru dan diteruskan oleh para pemimpin selepas kewafatan baginda seperti Sayidina Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Othman Affan, Ali bin Abi Talib dan beberapa pemerintah selepas itu.- lanh_

____________________________________________________________

p/s : artikel di atas di ambil di harakahdaily.net..penerangan yang agak menarik buat sahabat2 yang rasakan siasah itu kotor...wasalam

Wednesday, July 30, 2008

FoRuM ReMaJa


p/s : cam best je program kat atas tu...jom pi!!!

Thursday, July 24, 2008

kerjasama atau satu bentuk penyelewengan??

aku mengikuti sahaja perkembangan politik Malaysia kini dalam senyap...tp cukup merunsingkan aku bila mengetahui akan kerjasama yang di tawarkan oleh Barisan Nasional (BN) terhadap PAS baru2 ini...bukan kerana apa..walaupun aku jarang mengambil tahu hal politik Malaysia..tetapi aku masih mengikuti secara x langsung apabila melayari blog rakan-rakanku..bermacam-macam komen yang aku baca melalui mereka..tibe-tibe tergerak dalam hatiku utk menyatakan pendirian aku pula..

ade sesetengah dari sahabat bersetuju dgn kerjasama bg mencari titik persamaan dalam kedua-dua parti politik itu...ada sesetengah nya pula meletakkan pandangan tiada satu pun politik di Malaysia ini adalah bersih..secara jujur aku mengatakan aku menyenangi politik yang di bawa parti pembangkang di Malaysia ini..mungkin kerana aku pernah terlibat secara langsung dalam mengendalikan program dari kedua-dua pihak..hurm..berbalik ttg hal kerjasama ini..aku pernah terbaca akan satu sejarah PAS di suatu masa..seingat aku, ketika zaman PAS pernah kalah di kelantan dahulu.Faktor utama akan kekalahan PAS di Kelantan dulu melalui kerjasama seumpama inilah..[kalau anda ingin baca boleh klik di sini] bukan aku menyebelahi tetapi aku melihat perkembangan mereka dari pandangan seorg rakyat..sungguh aku menyenangi suasana Islam ketika aku menuntut di salah sebuah sekolah di Kelantan dahulu..boleh ku katakan jauh beza suasana di sana daripada di Selangor ini..lihat pula kesan dari pembangunan insan melalui pengenalan Islam Hadhari..nyata meleset!setiap hari..ada sahaja masalah sosial yang keluar di kaca tv..

tetapi hari ini aku senang hati bila membaca berita ttg kerjasama ini yang tidak menjadi..cuma ade pertemuan yang ringkas di antara mereka berkaitan dengan Islam dan rakyat..mungkin ini akan memberi peluang kpd kerajaan mendengar something dari sudut pembangkang..

p/s : merindui saat-saat berada di Kelantan!isk...isk....

Monday, July 21, 2008

renungan

"salam, sekadar teguran dari seorang sahabat. cinta itu buta tetapi jgn kita butakan hati kerana cinta. berdua lebih baik, tp ingatlah..bila berdua pasti ada ketiga. maafla.hanya teguran dari seorg sahabat"

aku merenung kata-kata itu di ruang pesanan yg baru ku taip sebentar tad..aku berbelah bagi..mahu menghantar atau tidak msg itu..aku tahu sudah menjadi tanggungjwb aku utk mengingatkan dia ttg perkara itu...aku tahu..aku cukup berdosa jika aku diamkan sj perkara itu..aku tahu..jika aku menyayangi dia, ini satu cara utk berkongsi cinta ku padanya..aku termenung seketika..bukan aku tidak pernah menasihatinya..tetapi byk kali aku sudah mengingatkan dia..aku juga pasti..rmai lag kwn2 ku yg berusaha menasihatinya...tp selama ini ku rasakan sia2 sekiranya kami menasihatinya krn aku sudah pasti akan kesannya "seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan" ada sesetengah sahabat sudah give up utk mengambil tahu ttg dia..aku x mengerti..
____________________________________________________

tatkala aku baru sahaja bercakap ttg nya bersama seorg sahabat ketika berhenti di persinggahan utk membeli kerepok lekor di suatu tempat..dia muncul di hadapan ku bersama seseorg.aku tergamam..SPEECHLESS!! lantas mood aku utk membeli-belah di situ hilang..hanya beberapa brg sahaja yg kubeli sekadar mengisi perut..aku memandu buMbLe bEe ku sambil memikirkan perkara itu..

aku igt lagi...dulu sewaktu kami selalu luangkan masa bersama..dia antara sahabat yang aktif mengingatkan sahabat lain ttg bahayanya perkara itu..saat itu, aku kagum dgn setiap katanya...krn nya aku juga cuba mengubah diri ku...alhamdulillah..aku kini bukan aku yg dulu..
aku juga mengerti, kasih sayang manusia sgt nikmat..sgt bahagia..sgt gembira..tp jgn kerana cinta manusia kita mengenepikan larangan DIA terhadap kita..jgn kerana cinta manusia kita membutakan mata kita akan dosa pahala yang kita sudah tahu akibatnya..

aku nekad..walau ape terjadi..aku perlu jlnkan tanggungjawab ku..bukan kerana apa..kerana aku masih menyayangi dia sebagai sahabat ku..ku harap message itu mampu menggerakkan hatinya walaupun sedikit...

lantas, aku menekan butang send..dengan harapan dia kembali seperti dulu..

p/s : sahabat, jika kamu membaca entry sy ini..ketahuilah..sy betul2 mahu kamu kembali menjadi kamu yang dahulu..sy tahu kalau itu dikatakan 'HIPOKRIT' biarlah kita 'HIPOKRIT' di mata manusia..jgn kita HIPOKRIT di mata Allah..walaupun kamu tidak suka sesuatu perkara..tetapi percayalah itu pasti akan ada hikmahnya..

Friday, July 18, 2008

[Islam dan demokrasi...1]

DEMOKRASI, MULTI PARTI, PERANAN WANITA & KEDUDUKAN NON-MUSLIM
Dr Yusuf Qardhawi
Fiqah Daulah Dalam Perspektif Al Quraan dan Sunnah


Islam dan Demokrasi


Ada sebuah pertanyaan yang disampaikan seseorang dari Algeria kepada kami:

Saya tidak boleh menyembunyikan keterkejutan dan kehairanan tatkala mendengar sebahagian orang yang dikenali sangat bersemangat, yang sebahagian di antara mereka juga menisbatkan diri kepada beberapa jemaah Islam, bahawa demokrasi tidak diakui Islam.

Bahkan sebahagian ulama ada yang berpendapat bahawa demokrasi adalah kekufuran. Alasannya, kerana demokrasi bererti pemberian wewenang kepada rakyat untuk menetapkan hukum. Padahal rakyat dalam Islam bukan yang menetapkan hukum, tetapi Allah-lah yang menentukan hukum sebagaimana firman-Nya:

"Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah" (Al-An'am: 57).

Hal ini seperti yang dikatakan golongan Khawarij yang terdahulu, yang kemudian dibantah Ali bin Abu Talib dengan berkata,

"Kata-kata yang benar namun dimaksudkan batil."

Sementara sudah berkembang pendapat di kalangan penganut faham liberal dan para penyeru kebebasan, bahawa Islam merupakan musuh demokrasi, pembela kediktatoran dan otoriter.

Benarkah Islam merupakan musuh demokrasi? Benarkah demokrasi merupakan bahagian dari kekufuran atau kemungkaran seperti anggapan sebahagian orang yang berpendapat seperti itu? Ataukah yang seperti ini hanya sekadar pendapat yang diatasnamakan Islam, padahal Islam terlepas dari pendapat itu?

Masalah ini perlu dijelaskan secara tepat oleh para ulama yang moderat, tidak cenderung untuk meremehkan dan juga tidak terlebih-lebihan, agar masalahnya boleh diletakkan secara sebenar, agar Islam tidak memikul kesalahan pentafsiran yang tidak benar, sekalipun keluar dari kalangan ulama.

Sebab bagaimana pun juga, mereka boleh salah dan boleh benar. Kami memohon kepada Allah agar Anda berkenan menampakkan kebenaran berdasarkan dalil-dalil syariat, menjelaskan mana yang benar mengenai masalah ini, membuang subahat dan menegakkan hujah.


Inilah jawapan kami:

Memang sangat disayangkan kerana masalah ini dicampur aduk sedemikian rupa, yang haq dan yang batil dicampurkan oleh orang-orang Muslim secara umum dan orang-orang yang berbicara atas nama agama secara khusus, sehingga kemudian muncul pertanyaan-pertanyaan seperti yang Anda sampaikan di atas.

Tidak hairan jika kemudian tuduhan kufur atau fasik begitu mudah dilemparkan kepada seseorang. Seakan-akan dalam pandangan syariat tuduhan ini tidak dianggap dosa besar, yang justeru tuduhan ini lebih layak dialamatkan kepada orang yang melemparkan tuduhan kepada orang lain, seperti yang disebutkan di dalam hadis sahih.

Pertanyaan-pertanyaan yang diajukan ini bukan sesuatu yang aneh bagi kami. Sebab pertanyaan-pertanyaan serupa tidak hanya diajukan sekali dua kali tatkala kami sedang berada di Algeria, juga dengan pengungkapan yang begitu jelas: Apakah demokrasi merupakan kekufuran?

Selepas menyampaikan ceramah pada beberapa pekan yang lalu di Lebanon, tepatnya di kota Shaida, ada beberapa pertanyaan yang diajukan kepada kami, di antaranya tentang bergabungnya Parti Refah Islam di Turki dengan hukum sekular demokrasi.

Kami sampaikan jawapan kepada penanya, bahawa hukum di sini mesti diasaskan kepada fiqah muwazanah (perimbangan).

Jika dilihat ada kemaslahatan bagi Islam dan kaum Muslimin boleh terwujud, maka penggabungan tersebut diperbolehkan.

Penanya ini berkata lagi,

"Bagaimana mungkin bergabung dengan hukum seseorang yang berfaham demokrasi dan ideologinya disebut kufur? Tolong huraian masalah ini!"

Hukum tentang Sesuatu Merupakan Cabang dari Konsepsinya

Yang sangat menghairankan, ada sebahagian orang yang menghukumi demokrasi sebagai kekufuran yang jelas dan pasti. Padahal dia belum tahu secara tepat apa itu demokrasi, belum menyusup ke inti pengertiannya dan substansinya, tanpa tertipu oleh gambaran dan intisarinya.

Kaedah yang sudah disepakati para ulama kita terdahulu adalah:

"Hukum tentang sesuatu merupakan cabang dari konsepsinya."

Barangsiapa menetapkan hukum tentang sesuatu padahal dia tidak mengetahuinya secara pasti, maka ketetapan hukumnya ini dianggap cacat, sekalipun mungkin secara kebetulan benar. Sebab tindakan ini seperti lemparan yang tidak diketahui siapa yang melempar. Oleh kerana itu disebutkan dalam sebuah hadis sahih, bahawa hakim yang menetapkan hukum tanpa mengetahui masalahnya, akan berada di neraka, seperti orang yang mengetahui kebenaran namun menetapkan yang lain.

Apakah demokrasi seperti yang digembar-gemburkan semua bangsa di dunia, yang dibela oleh semua golongan yang ada di Barat dan di Timur, yang dicapai pelbagai bangsa setelah berperang mati-matian melawan penguasa diktator, sehingga banyak darah yang tertumpah, beribu-ribu dan bahkan berjuta-juta orang jatuh menjadi korban, seperti yang terjadi di Eropah Timur dan tempat-tempat lainnya, yang dilihat orang-orang Muslim sebagai cara yang paling ampuh untuk melawan dominasi kekuasaan peribadi dan politik seperti yang dialami beberapa negara Arab dan Islam, apakah demokrasi ini termasuk kemungkaran atau kekufuran seperti yang dilontarkan sebahagian orang yang berfikiran dangkal?

Monday, July 14, 2008

tanpa by sixth sense

6ixth Sense - Tanpa

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Chorus :

* Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
hohoo…

(ulang chorus x2)

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

__________________________________________________________________

huhuh...right now ngah giler ngan lagu ni...nape ek??confused gak!

Friday, July 11, 2008

sedang sibuk jari-jari ini menekan keyboard pc tetibe lagu ini singgah di telinga....
seperti mengerti ape yg sedang bermain di hati sepanjang beberapa hari ini..
sayu..
cume berharap DIA masih menyayangiku..
cume berharap DIA tidak memalingkan rahmat dan keredhaanNya dr pandangan mata...
cuma berharap hati ini tidak terfikir utk berpaling daripadaNya..
cuma berharap diri ini sentiasa mendapat hidayahnya...
cuma berharap aku masih di jalanNya...
AMIN ya Rabbal Alamin...

Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada
Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia

Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung
Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkamu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantas ku jatuh dan tersungkur

TanpaMu kasih (Oh Kekasih)
Ku tak berdaya (Ku terpedaya)
Hilang punca dan arah (Pada helah dusta dunia)
Hanyut alpa di arus bergelora

Kasih (Oh Kekasih)
Daku derita (Tangisku hiba)
Lemah dalam sengsara (Dan mengalir oh air mata)
Jiwa dan tubuh kepedihan
Terseksa, terhukum
Menanggung kifarah dariMu

Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan

Tuhan, ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasihMu

Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu
Ampuni dosa-dosaku
Rahmat dariMu ku dambakan
KeampunanMu ku pohonkan

Senilagu : Akmal Mirwana Senikata : Akmal Mirwana Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.

Thursday, July 10, 2008

kita adalah cermin??

Kita Adalah Cermin
www.iLuvislam.com
*oleh: Azree Hanifiah


“Perempuan Islam kena pakai tudung kan?” Tanya beberapa peserta perempuan India di Kem Seri Perkasa. Pada malam itu saya sedang duduk berbual-bual bersama beberapa orang rakan di dewan makan.

Kami didatangi sekumpulan peserta PLKN India perempuan yang seakan mahu bertanya banyak hal. Dan itu antara soalannya.

“A’ah. Kalau dalam Islam ia dimasukkan dalam kategori wajib yang maksudnya mesti atau tidak boleh tidak buat perkara tersebut. Jadi, semua orang perempuan memang kena pakai tudung tu,” Jawab Zulhaizar kepadanya. Saya sekadar menganggukkan kepala sahaja mengiyakan jawapannya.

“Kalau macam tu kenapa ada peserta perempuan kat bilik kami tak pakai tudung pun bila keluar?” Soalnya pula. Soalannya kali ini sedikit mengejutkan saya. Tidak tahu hendak dijawab bagaimana. Seakan tempelaknya terkena ke muka saya juga.

“Manusia ni walaupun berbeza agama tetapi perangainya tetap sama. Ada yang hendak ikut undang-undang dan ada yang langgar. Samalah macam pelajar sekolah, ada pelajar yang ikut peraturan dan ada pelajar yang tak ikut,” Dan saya harap jawapan ini dapat menjawab soalannya tadi.

Cuma apa yang ingin diutarakan di sini, bukan isu bagaimana hendak menjawab soalan tersebut. Tetapi isunya adalah jika seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, yang rosak bukan sekadar namanya tetapi juga organisasi yang dimasukinya. Mugkin ada sedikit terpantul kepada organisasinya itu.

Begitulah juga dengan agama yang anda pegang hari ini. Setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai jenis manusia. Tidak kiralah orang itu agama apa. Tetapi mereka juga memerhati tingkah laku kita.

Dan mungkin jika kita berkelakuan tidak elok, ada jenis yang sekadar mempersoalkannya di dalam hati, tetapi bila sampai ada orang yang mahu mengajaknya masuk ke dalam Islam, jangan hairan jika perkara tersebut yang akan menjadi persoalannya nanti.

Dan andai orang yang melihat jika kita berkelakuan tidak sedap dipandang itu adalah orang Islam sendiri tetapi ragu-ragu dengan keislamannya, mungkin hal ini menjadi lebih parah lagi.

Kita Adalah Cermin

Ada satu lagi kisah yang saya alami semasa mengikuti Program Latihan Khidmat Negara dulu. Ada seorang sahabat baik saya seorang lelaki cina, Ng Teng Hong.

“Azree, kamu orang Islam kena sembahyang hari-hari kan?” Saya menganggukan kepala dan kemudian dia menyambung, “Tapi kenapa tak nampak diorang sembahyang pun.”

Itu pandangan seorang beragama Budha terhadap kami peserta Muslim. Kemudian masih dalam perkara yang sama tetapi saya berhadapan dengan peserta lelaki yang beragama Islam pula bila diajak sembahyang sama-sama.

“Kau nak ajak aku buat apa. Tu budak sekolah agama tu, tak sembahyang pun,” Katanya sambil menunjukkan ke arah seorang rakan sebilik. Terasa dengan kata-kata rakan itu, barulah dia sembahyang juga. Tapi, tidak pasal-pasal nama ‘sekolah agama’ juga yang keluar.

Teringat kata Nabi Muhammad, “Seorang yang beriman itu adalah cermin kepada saudaranya.”

Kata-kata yang ringkas tetapi memberi makna mendalam. Nabi Muhammad hanya mengibaratkan seorang muslim kepada muslim yang lain dengan objek cermin. Mesti ada sebab-sebabnya.

Ciri-ciri cermin

Saya cuba bahagikan kepada dua untuk menerangkan ciri-ciri cermin ini. Pertama, bagaimana kita cirinya yang perlu kita ambil. Kedua, ciri-ciri cermin yang perlu kita berhati-hati.

Kenapa kita pula yang kena berhati-hati? Kerana Nabi Muhammad telah mengibaratkan kita sebagai cermin. Cuma kita kurang berhati-hati dengan sifat kita yang seperti cermin.

Ciri paling umum sesuatu cermin adalah pantulan(reflection). Apabila kita berdiri di depan cermin, akan wujud imej kita di cermin tersebut. Itulah yang dipanggil sebagai pantulan. Sifat pantulan inilah yang perlu ada bagi setiap orang muslim, tidak kira jurujual, doktor, peguam dan lain-lain lagi.

Dan kita perhatikan pula bagaimana cermin bertugas dalam memberi pantulan(reflection) yang perlu kita tiru:

1. Senyap - Cermin memberi reflection tanpa berkata apa-apa. Begitulah juga kita, untuk menegur, perlulah menegur secara hikmah, baik bukannya dengan cara memaki hamun, mengata, mengumpat dan sebagainya.

2. Sepanjang masa – Cermin memberi reflection sepanjang masa, tidak kiralah bila-bila masa kita ke cermin tersebut, pasti cermin tersebut akan menjalankan tugasnya. Dari pagi sampailah ke pagi esoknya. 24 jam. Begitulah juga dengan kita, perlu memberi imej diri yang baik 24 jam. Dari bangun tidur hinggalah tidur semula. Bukan sejam dua sehari.

3. Tidak lupa tugas - Jika kita memecahkan cermin, kita masih boleh nampak diri kita pada serpihan-serpihan cermin itu kerana perlu diingat reflection cermin sepanjang masa. Signifikannya biar dimaki hamun, dizalimi, atau dalam keadaan susah kita tetap perlu menunjukkan imej muslim yang baik.

4. Tidak mengungkit - Keburukan yang terserlah hanya diberitahu semasa kita berhadapan dengan cermin. Cermin tidak akan menyimpan imej-imej buruk tersebut selepas kita beredar dari cermin tersebut. Begitulah juga dengan kita, setelah memberi teguran kepada saudara kita, haruslah kita cuba melupakan keburukan mereka.


Kemudian kita lihat pula apa ciri-ciri cermin yang perlu kita berhati-hati:

1. Tidak memilih imej - Cermin tidak memilih imej untuk dipantulkan. Kalau imej luar seseorang itu buruk, maka buruklah juga imej dalam cermin tersebut. Jadi, perlu kita hati-hati setiap masa kerana diri kita sentiasa memberi pantulan imej muslim kepada orang ramai.

2. Boleh berhabuk dan berdebu - Cermin tidak boleh memberi imej yang sempurna dalam keadaannya berhabuk dan berdebu. Jadi, walaupun imej kita baik tetapi badannya penuh debu atau kotor, ia tidaklah dapat memberi imej yang baik sepenuhnya.

Anda ada idea lagi tentang ciri-ciri cermin? Boleh kongsikannya dengan saya.



Sumber: Isi-isi tentang cermin ini diambil dari khutbah jumaat pada 16 November, Riley Smith Hall, University Student Union, University of Leeds.
________________________________________________________________________

baru-baru ini sy menerima teguran dari seorg sahabat~

sesungguhnya dia menyedarkan sy ttg perkara yg terjadi di sekeliling sy..dia membuatkan sy menimbang semula akan sesuatu perkara..kenapa?membaca artikel di atas merupakan salah satu dr kesan perbuatan saya...adakah sy perlu mengambil tindakan drastik supaya perkara di atas tidak terjad?? CONFUSED!!

saya menyedari setiap perbuatan sy akan memberi refleks kpd sesuatu perkara...tetapi sy hairan kenapa sy masih tidak serik melakukan perkara itu lag?adakah krn sifat PENTINGKAN DIRI merupakan keutamaan dlm diri saya? sekali lagi saya CONFUSED!!

p/s : semuga segala yang sy kerjakan di kira sbg satu amalan di sisi Allah walaupun ia tidaklah seberapa...


Wednesday, July 9, 2008

hurm~

hurm~

senangnya air mata ini mengalir kebelakangan ini..aku pun xtahu mengapa..harap ia pergi dgn cepat! semuga Allah mengurniakan aku ketabahan menghadapi hari-hari mendatang...AMIN!

wasalam...

Tuesday, June 24, 2008

manisnya kenangan itu...

tepat jam 13:15pm...

"akak!!!akak!!akak balik? akak blk sampai bile?bile akak kne blk mmu?akak bwk blk apa tuk asma'?" bersungguh-sungguh dia berlari mendapat aku bila menyedari kereta kuningku sudah berada di persimpangan jalan di rumah ku...sambil menunggu aku membuka kereta utk bersalam dgn ku..mulutnya sibuk mengomel bertanyakan itu ini kpd aku. Aku tersenyum..x berani menjawab semua persoalan itu..perlahan-lahan aku membuka langkahku menghampiri pintu rumah.. sekali lagi dia bertanya "akak..nape diam? asma tanya ni... akak blk umah sampai bile?bile nk blk mmu?" aku gagahkan diriku menjawab pertanyaan nya..aku cube berbicara selembut yg mungkin..erm.."akak kne blk ptg ni sayang..akak ada banyak kerja sgt..sooorryy..."
dia berpaling dgn nada hampa..aku memahami perasaan nya..hampir sebulan aku tiada dirumah..manakan dia tidak terasa kehilangan kakaknya...

rumah itu kurasakan terlalu sunyi...semuanya sibuk melaksanakan urusan masing2..aku faham..pulang di waktu siang dan ptg macam ni..sudah tentu peluang aku utk berjumpa mereka amat tipis..aku duduk dan cuba merehatkan minda..tibe2..minda ku melayang mengenangkan kisah ku sepanjang 2 or tiga minggu ini...

jam 5 pg, aku kini sudah siap membersihkn diri, melengkapkan diriku utk ke masjid..
jam 5.30 pg, aku sudah pun berada di masjid bersiap menunaikan solat fardhu subuh.
jam 6.30 pg, bergegas ke STAD building utk exercise pagi
jam 7.30 pg, bersarapan
jam 8.30 pg, bersiap utk berprogram sehingga ke larut mlm
jam 11.30 mlm, kembali ke tempat tidur

aktiviti di atas aku lalui ketika Binding Camp Orientation Committee 2nd week trimester break..huh..walaupun byk aktiviti yg menguji fizikal dan mental aku secr x langsung..tp aku amat bersyukur krn aku terpilih utk mengenali 'mereka' dgn lebih dekat lagi..sesungguhnya, aku sudah lama tidak mengenali manusia selain dari kaum ku atau 'mereka' di dalam aktiviti seharian ku...aku mengakui, sebelum ini aku cukup takut menjalin hubungan baru yg boleh ku katakan hubungan dgn 'mereka' yg bukan dr kelompok ku...Alhamdulillah..DIA membuka peluang utk ku mengetahui..bukan kelompok aku sahaja yg hidup di dunia ini..mengenang saat manis bersama mereka..mengenali budaya mereka..mengenali hati budi mereka..membuatkan aku menyedari..bukan kelompok aku shj yang ada di bumi ini..mengapa aku hanya bangga dgn kelompok ku shj?tanpa memikirkan yg aku sebenarnya ada tugas lain terhadap mereka? lantas hati aku di ulit rasa bersalah..pernahkah aku cuba menyampaikan 'dakwah' ku kpd mereka? pernahkah aku memperkenalkan 'agama'ku kpd mereka?aku begitu kagum apabila melihat 'mereka' cukup menghormati aku dlm melaksanakan tanggungjawabku sbg 'muslim'. 'mereka' sering bertanya dahulu sblm melakukan sesuatu aktiviti supaya mereka tidak melanggar apa2 batas 'agama'ku..

setiap kenangan di waktu itu silih berganti..sehingga aku tamat menjalani binding camp OC itu..boleh aku simpulkan kenangan manis ketika itulah yang mampu mengikat aku dan 'mereka'..tambahan lagi, sejurus selepas binding camp itu..kami perlu bekerjasama dalam mengendalikan pelajar-pelajar baru yg akan masuk ke MMU nanti..sekali lagi aku begitu surprise apabila diberikan amanah menjadi fasilitator kepada group2 'freshies' dalam amount yang agak besar..lebih2 lagi di dalam group itu bercampur2 bangsanya...x dpt aku lupakan bila aku berkerjasama dgn 'partner' ku yang merupakan seorg yg bukan dr kelompokku..huh! betapa aku kagum dgnnya yang sgt menghormati aku dan agamaku..dia byk melatih ku berhadapan dgn semua freshies dan byk membangkitkan semangat ku...sekali lagi..kenangan2 itu menguatkan lagi semangat dalam diriku...

"eh..kakak da balik?bile balik?" pertanyaan itu menghentikan lamunanku...aku kembali ke alam nyata..sejuk hatiku melihat 'dia' masih mampu tersenyum di depan ku..tp jauh di sudut hatiku..kenangan itu x mungkin dilupakan sampai bile2....

p/s : kredit to all OC june intake 2008/2009..kenangan itu xkan aku lupe sampai bile2...

Monday, June 16, 2008

manisnya kenangan itu~....1

hurm...cuti semester sudah pun berlalu..hari ini..hari pertama aku bg semester ini..

masih terbayang2 lagi kenangan manis yg ku lalui sepanjang cuti semester yg lepas...cuti semester lps memberi aku kelainan. tidak seperti selalu, cuti aku habiskan masa di rumah, menjadi pemandu peribadi ibuku dan adik2 ku, menjadi chef yg tidak di iktiraf atau lebih sng ku gelar ia 'suri rumah x berkelayakan' huhuhu...cuti itu ku rasakan terlalu singkat aku berada di rumah..boleh ku bilang berapa hari sahaja aku dpt berbual lama dgn ibubapaku...menjadi sukarelawan mengerjakan kebun mereka tu....

minggu per-1 cuti aku habiskan sepuas-puas nya dirumah...tidak aku lepas kan setiap detik aku dirumah..mungkin kerana aku tahu, selepas ini aku mungkin terpaksa membataskan masa aku bersama mereka....aku igt lagi saat kami semua sama2 ke taman tasik perdana meraikan hari IBU untuk UMMI and birthday ANGAH and ABUYA..x terkata bahagia nya saat itu..di tambah lag dgn kehadiran saudara mara dan si kecil Balqis and Ikhwan memeriahkan suasana...juga hari aku menolong mereka menanam pokok bunga di kebun dan kami bersama-sama berbabeque di sana...lepas tu..mandi sungai!!alangkah x terkata nikmat itu..terima kasih TUHAN atas segala nikmat bahagia yg Kau berikan...

Jumaat minggu pertama dirumah....

aku berangkat ke Kelantan..menghadiri perkahwinan sahabatku di sana..sungguh meriah sambutan perkahwinan itu walaupun tidaklah diraikan seperti kebanyakan org 'bandar' menyambut menantu mereka....aku sungguh senang..tersenyum aku melihat kegembiraan pasangan pengantin menyambut hari keramat mereka..tetiba terlintas dlm kepala ku...aku nanti mcm tu ke??uwaa!!tamo pikir...he3 lagipun lambat lagi kot hari aku tu...kat mmu ni pun..ade setahun lebih lagi...campur ngan keje...pastu beli kete ngan umah sebijik...ade la dlm 6 tahun lagik...he3..lama ke?ok la tu...tp kalo terawal nk buat camne kan...he3..sempat juga aku mencuri masa menjenguk datuk dan nenek ku di kampung..sekali lagi..aku terharu melihat kegembiraan mereka ketika menyambut ku di depan pintu...tersenyum melihat cucu mereka yg jarang2 sekali pulang ke kampung ....sejuk hati ku melihat mereka masih lag mampu tersenyum dan menyambut kepulangan ku...aku juga bersyukur bila melihat ramai lagi yg masih menjaga mereka walaupun aku tinggal jauh di bandar...x ilang lag penat mengharung perjalanan selama 7 jam ke Kelantan, aku dan yg lain terpaksa pulang ke KL pd hari ke3..pun begitu letih itu hilang bila melihat kegembiraan mereka-mereka yg tinggal di sana...sampai nya aku di KL jam 12 malam..aku perlu dptkan rehat yg secukupnya kerana esok nya aku terpaksa pulang ke MMU bg menjalankan misi aku yg ku rasakan agak penting utk diriku dan org lain..apekah misi itu????nantikan post aku yg seterusnya...tunggu.....!!!!!

Wednesday, May 14, 2008

something about palestine



huhuhu..kesibukan membuat persediaan utk peperiksaan yang sedang berlangsung membuat sy berhenti mengupdate kan diri sy akan peristiwa2 yg sdg berlaku di sekeliling...hari ini..tergerak utk sy mengexplore perkara baru di dunia tanpa sempadan ini..terkejut sy setelah membaca beberapa entry bloggers yg sy kenali ttg palestine day pada 15 may ini..sekali lag sy 'surprise' bila melihat sudah 60 tahun pelstine sengsara...terdetik rs kesal keseronokan yg sy alami kini hanya di alami sendirian tanpa mengambil kira sahabat2 seislam lain yg sdg merana dan hampir setiap hari berjuang semata-mata mahu menegakkan agama Islam...bersyukur juga ke hadrat ilahi apabila sy di beri nikmat yg tidak terhingga hidup di bumi Malaysia ini yg masih aman dan sentosa ini..tetapi, kesal amat menyelubungi diri bilamana sy hanya mampu berdoa utk mereka tanpa mampu berbuat apa2..


melihatkan raut wajah kanak-kanak kecil ini yang sudah jinak dgn bunyi bom diwaktu lena tidurnya, di waktu menikmati hidangan mkn mlm nya membuatkan hati ini terlalu sayu...hanya doa sy yang mampu mengiringi setiap perjuangan mereka menegakkan Islam di bumi Palestine..InsyaAllah...

Dear all,

May 15th of this year is the 60th anniversary of the Palestinian Nakba –which marked the beginning of the modern age Palestinian plight and suffering. This date is remembered annually on local, regional, and global levels.

I am certain that many in the blogosphere will dedicate some posts to commemorate this tragic event. However, inspired by the success of the “Blog About Jordan Day” initiative, i would like to start a formal initiative to encourage everybody to dedicate one post on Thursday, May 15th, to talk about Palestine or the Palestinian Experience.

There are no restrictions on what you can write, or the language that you can use. Really, anything that talks about Palestine, or the Palestinians; in the past, present, or future; political, social, economical, or any other aspect is welcomed. The goal of this event will be to share thoughts, and raise awareness about the Palestinian situation. Hopefully, with everyone’s support, this will be such a spectacular event that it will catch the eye of the mainstream media (specially that the Palestinian situation is inadequately and incorrectly represented in most of the western media outlets).

Blog About Palestine Day

Sunday, May 11, 2008

Jangan bersedih wahai sahabatku...

Jangan Bersedih Wahai Sahabatku
www.iLuvislam.com
dihantar oleh: khalifah89


“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..”
(Surah At-taubah, ayat 40)


Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghidari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi syaitan. Oleh itu, syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih utk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.


Dapatkan lebih banyak gambar menarik di sini.


Bukan dicari-cari


Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa seperti berikut : “Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”; maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”

Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yg membolehkan mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan hati dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan sifat pesimis dan penyesalan. Namun begitu, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ia pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh itu, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata ; “..alhamdulillahhillazi azhab annal hazan..” ( Surah Fathir, ayat 34 ) “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami..” Ini menunjukkan bahawa mereka semua pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dulu.

Kesedihan Mendatangkan Pahala

Berbagai musibah lain juga turut menimpa mereka tanpa ada pilihan bagi mereka untuk menlak atau menerimanya. Apabila kesedihan itu datang, tidak ada kemampuan bagi jiwa untuk menghindarnya, maka kesedihan itu justeru akan mendatangkan pahala. Ini kerana kesedihan merupakan sebahagian daripada musibah atau cubaan. Oleh itu, ketika seorang hamba ditimpa kesedihan hendaklah ia sentiasa cuba melawannnya dengan doa dan cara-cara lain yang dapat mengusir kesedihan tersebut.

sumber : buku 'jangan bersedih' , pengarang : dr aidh bin abdullah al-qarni

p/s : khas buat para sahabat yg sedang bersedih...semuga kita sentiasa tabah menjalani Ujian-Nya....

Wednesday, April 23, 2008

tentang dia?

kebelakangan ini..nama ini sering bermain-main di dlm kotak pemikiran saya...tambahan lagi, nama ini di dengar berulangkali sejak beberapa minggu ini..terlepas nya peluang keemasan berkongsi ttg peribadi nya di puncak gunung dan di tepi air terjun latta charok pada Mukhayyam yang lepas sgt2 di kesali...mengenangkan akan kerugian itu, lantas jari-jemari ini menekan keyboard dan hasil nya kini di kongsi bersama sahabat-sahabat sekalian...

Siapakah dia Dr. Fathi Yakan?

Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki).

Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba'ie Rahimahullahu di Syria.

Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.

Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference).

Fakta lain:-

Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.

p/s : fakta di atas di ambil dr blog tari pena di url: http://azhari4ummah.blogspot.com..semoga ini menjadi cth utk kita berjuang di jalan Allah ini..

Tuesday, April 22, 2008

usaha ku

yeah!!akhirnya Allah mengurniakan nikmat kpd tgn ini utk bergerak kembali menekan keyboard, menggerakkan minda mengerahkan informasi2 dan menghasilkan idea2 yg boleh dikongsi buat para sahabat. hajat yg sudah lama terkubur dan menyebabkan 'bersawangnya' blog di harapkan bersinar kembali. huh! dirasakan diri ini sgt tidak istiqamah dlm apa yg di buat..harapan membuka blog ini untuk melatih diri menulis dirasakan seperti hanya hangat-hangat tahi ayam. semoga semangat ini tidak tereffect kpd semangat menegakkan perjuangan islam sbg praktikal. AMIN!!!

kesibukan diri dlm melibatkan aktiviti-aktiviti kampus dan juga luar membataskan niat mengupdate blog ini..apatah lagi saat ingin menulis dibantutkan dgn kehilangan diari yg menyimpan pelbagai azimat dan ilmu yg dikumpul selama beberapa bulan ini..dimanakah diari ku!!!uwaaa..pulang laaahhhh..!!

hurm..rsnya boleh dikongsi sedikit dgn apa yg telah di semat dlm minda segala informasi2 yg di kumpul selama ini..erm..ttg apa ya??heh! ok...jom berkongsi akan salah satu tajuk yg diperoleh dr Mukhayyam Tarbawi 08' di Janda Baik pd 18-20 april 2008 yg lalu..

'wehdatul fikr dan wehdatul amal dlm jemaah'

wehdatul membawa maksud kesatuan.
fikr pula membawa maksud pemikiran.

wehdatul fikr membawa maksud kesatuan pemikiran atau fikrah yang sama dlm gerakan dakwah dan islam. wehdatul fikr ini penting bg sesebuah organisasi ataupun gerakan dakwah secara berkumpulan utk memahami akan perjuangan yang mereka bawa. tidak perlu dipertikaikan akan cara pembawakan mahupun pergerakan masing-masing, tetapi memahami akan tujuan dan matlamat dlm perjuangan itu sendiri. dari satu penyatuan pemikiran yg jelas dan kuat, akan lahir nya ukhwah dan semangat memperjuangkan islam. tetapi berlaku juga sebaliknya bilamana seringkali wehdatul fikr ini menjadi salah satu dr punca umat islam kini berpecah belah. ketidakpuasan dan matlamat serta keyakinan terhadap sesuatu jemaah menjadi punca wehdatul fikr ini menjadi lemah. seeloknya, setiap jemaah itu mencapai wehdatul fikr yg jelas dan jitu bagi menyatukan umat islam dalam memperjuangkan islam di bumi Allah yg penuh cabaran ini.

wehdatul amal pula ialah kesatuan dlm gerak kerja dakwah. wehdatul fikr merupakan asas kpd terbentuk nya wehdatul amal. di ibaratkan wehdatul fikr ini merupakan pre-requisite kpd wehdatul amal yg kuat.

maaf ye krn tidak dpt berkongsi banyak..itu shj yg sempat di tangkap minda ketika sedang asyik mendengar ceramah dr ustaz Mansur dari Universiti Malaysia Pahang(UMP). insyaAllah..sekiranya diari itu berjaya ditemui..sy akan huraikan dgn lebih panjang lagi.

wasalam

p/s : manekah buku ku?sesiapa terjumpa btau ye..:(

Friday, April 11, 2008

uhuk~uhuk~

uhuk~uhuk~

da berhabuk sy nye blog ni...hampir 2 bulan x update...huhuhu..sy minta maaf kpd sahabat2 krn sy x dpt update blog ini slalu...kesibukan kpd perkara lain yg di rasakan lebih penting memberi kekangan kpd saya untuk meluangkan masa berkongsi dgn sahabat semua...insyaAllah..sy akan cuba istiqamah utk berkongsi information2 yg sy timba sepanjang perjalanan menjadi khalifah Allah ini..

wasalam

p/s: maaf la..tade idea nk tulis ape2 buat ms ni..insyaAllah suatu hari nanti..:)

Sunday, February 3, 2008

andai ku tahu

Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai Ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku


Aku takut
Akan semua dosa-dosa ku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Mungkin tahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat PadaMu

Ampuni aku
Dari segala dosa2 ku
Ampuni aku
Menangis minta tobat PadaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat PadaMu


[ANDAI KU TAHU by UNGU]


hari minggu lalu terasa begitu sibuk sekali. tetapi dalam kesibukan menguruskan hal2 peribadi diri terpanggil utk menghadirkan diri pd suatu program yang banyak menyedarkan diri kpd byk perkara. walaupun hati terasa berat utk pergi..tp hati tidak menyesal mengorbankan sedikit masa utk program itu. dpt bertemu dgn sahabat yang sudah lama tidak ketemu. Alhamdulillah. rindu pada nya terubat jua. tidak dinafikan kebelakangan ini diri asik teringatkan Dia. tetapi Allah cpt2 tunjukkan balasan yg dia janjikan sekiranya kita berbuat sesuatu untuk-Nya. diri ini bersyukur sgt ya Allah.

lagu di atas adalah antara isi program tu. kalo nak tahu lagi psl program ni...msg atau jumpe sy ye! ketika lagu ini[andai ku tahu] berkumandang..sy tergerak utk menghayati sedalam2 nya maksud lagu ini. sgt dalam. lps blk dr prog itu. terus sy google psl lagu ini. rupa-rupanya, lagu ini di nyanyikan oleh band Ungu. sy mati2 ingtkan kumpulan nasyid. msg lagu ini amat jelas bg sy. mengingat kan manusia akan hina nya manusia yang sentiasa membuat silap. sama ada sedar atau tidak. tp manusia tidak pernah bersyukur dgn setiap pemberian-Nya. walhal manusia tahu DIA berkuasa ambil hak-Nya bila-bila masa sahaja. dan sy eager nak share ngan sahabat-sahabat sume sbb saya rasa lagu ini amat sesuai menjadi peringatan saya dan sahabat-sahabat saya, ttg kematian yang kita tidak tahu bila ia akan tiba. semuga di jadikan iktibar.

Wednesday, January 16, 2008

kanak-kanak itu..

aku melangkahkan kaki..tersenyum melihat pelbagai keletah kanak-kanak berbaju putih dan berseluar hijau juga berbaju kurung putih berkain biru. terasa seperti aku kembali ke zaman dahulu. aku meneruskan langkah ku seperti baru shj memasuki alam itu. alam persekolahan sekolah menengah. tetapi kali ini berbeza..aku hanya menghantar adikku yang memasuki asrama pd 15 januari 2008. mahu saja aku kembali menjadi kanak-kanak seperti dahulu kala.


perasaan ku ketika itu bercampur baur. sedih+gembira+rindu+bangga+malas. sume nye ade. ku lihat, kanak-kanak riang bermain. gembira, ade juge yg masih blur dgn persekitaran baru contoh terbaik adik ku. aku merenungnye seperti mengerti ape yg sedang di laluinye . mungkin kerana aku pernah merasai perasaan itu suatu ketika dahulu. betapa indah nya alam persekolahan dulu, penuh dgn gelak ketawa. dapat berjumpa kawan2 baru seangkatan dgn kita. tiba-tiba adik ku berkata, 'kak, rs mcm nk sambung cuti lag la...' aku tersenyum sambil melihat dia. aku memahami perasaan nya. pertama kali berjauhan dgn bonda dan ayahanda tersayang. x tergambar betapa sedehnye perasaan itu. walaupun diri menipu tidak pernah menangis, tp hati bagaikan mahu meraung mahu pulang. tp hati tersemat ingin belajar bersungguh-sungguh. harapan ku ingin menggembirakan ibubapa suatu hari kelak. aku pasti..adik ku juga menyimpan hasrat itu.

hari itu aku rasa begitu sibuk sekali, bermacam-macam perkara perlu di buat. baru aku terasa akan kesibukan ibu dan bapa ku ketika menguruskan ku suatu masa dahulu. kerja di pejabat dan menguruskan adik2 yang lain perlu di lakukan pada masa yang sama. Arh!!besar benar tanggungjawab mereka. x berani ku hitung. mungkin kerana aku tidak berani memikirkan bagaimana mahu ku balas jasa mereka. aku khuatir, aku tidak mampu membahagiakan mereka.

semuga doaku kpd mereka, mampu menjadi bantuan buat mereka di akhirat kelak^_^