Wednesday, April 23, 2008

tentang dia?

kebelakangan ini..nama ini sering bermain-main di dlm kotak pemikiran saya...tambahan lagi, nama ini di dengar berulangkali sejak beberapa minggu ini..terlepas nya peluang keemasan berkongsi ttg peribadi nya di puncak gunung dan di tepi air terjun latta charok pada Mukhayyam yang lepas sgt2 di kesali...mengenangkan akan kerugian itu, lantas jari-jemari ini menekan keyboard dan hasil nya kini di kongsi bersama sahabat-sahabat sekalian...

Siapakah dia Dr. Fathi Yakan?

Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki).

Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba'ie Rahimahullahu di Syria.

Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.

Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference).

Fakta lain:-

Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.

p/s : fakta di atas di ambil dr blog tari pena di url: http://azhari4ummah.blogspot.com..semoga ini menjadi cth utk kita berjuang di jalan Allah ini..

3 comments:

Mohd Fakhrurazi Mohd Yusuff said...

hehehe..sebijik dgn kertas yg saya dpt utk benyangkan masa mukhyam tuh..ehehehe..moga dapat dicontohi peribadinya..:)

ainies said...

heh!ye ke?
bgs la....ain da terlepas peluang tuk dgr org tu berckp psl fathi yakan..alhamdulillah...da bape ari cari psl dia..ni br jumpe..

Anonymous said...

Salam...
Fathi Yakan adalah salah seorang ulama kotemporari yang cemerlang dalam penulisan.
Sepatutnya golongan muda perlu lebih tahu mengenai ulama' berbanding artis..
Terima kasih untuk biodata ini..