Tuesday, April 22, 2008

usaha ku

yeah!!akhirnya Allah mengurniakan nikmat kpd tgn ini utk bergerak kembali menekan keyboard, menggerakkan minda mengerahkan informasi2 dan menghasilkan idea2 yg boleh dikongsi buat para sahabat. hajat yg sudah lama terkubur dan menyebabkan 'bersawangnya' blog di harapkan bersinar kembali. huh! dirasakan diri ini sgt tidak istiqamah dlm apa yg di buat..harapan membuka blog ini untuk melatih diri menulis dirasakan seperti hanya hangat-hangat tahi ayam. semoga semangat ini tidak tereffect kpd semangat menegakkan perjuangan islam sbg praktikal. AMIN!!!

kesibukan diri dlm melibatkan aktiviti-aktiviti kampus dan juga luar membataskan niat mengupdate blog ini..apatah lagi saat ingin menulis dibantutkan dgn kehilangan diari yg menyimpan pelbagai azimat dan ilmu yg dikumpul selama beberapa bulan ini..dimanakah diari ku!!!uwaaa..pulang laaahhhh..!!

hurm..rsnya boleh dikongsi sedikit dgn apa yg telah di semat dlm minda segala informasi2 yg di kumpul selama ini..erm..ttg apa ya??heh! ok...jom berkongsi akan salah satu tajuk yg diperoleh dr Mukhayyam Tarbawi 08' di Janda Baik pd 18-20 april 2008 yg lalu..

'wehdatul fikr dan wehdatul amal dlm jemaah'

wehdatul membawa maksud kesatuan.
fikr pula membawa maksud pemikiran.

wehdatul fikr membawa maksud kesatuan pemikiran atau fikrah yang sama dlm gerakan dakwah dan islam. wehdatul fikr ini penting bg sesebuah organisasi ataupun gerakan dakwah secara berkumpulan utk memahami akan perjuangan yang mereka bawa. tidak perlu dipertikaikan akan cara pembawakan mahupun pergerakan masing-masing, tetapi memahami akan tujuan dan matlamat dlm perjuangan itu sendiri. dari satu penyatuan pemikiran yg jelas dan kuat, akan lahir nya ukhwah dan semangat memperjuangkan islam. tetapi berlaku juga sebaliknya bilamana seringkali wehdatul fikr ini menjadi salah satu dr punca umat islam kini berpecah belah. ketidakpuasan dan matlamat serta keyakinan terhadap sesuatu jemaah menjadi punca wehdatul fikr ini menjadi lemah. seeloknya, setiap jemaah itu mencapai wehdatul fikr yg jelas dan jitu bagi menyatukan umat islam dalam memperjuangkan islam di bumi Allah yg penuh cabaran ini.

wehdatul amal pula ialah kesatuan dlm gerak kerja dakwah. wehdatul fikr merupakan asas kpd terbentuk nya wehdatul amal. di ibaratkan wehdatul fikr ini merupakan pre-requisite kpd wehdatul amal yg kuat.

maaf ye krn tidak dpt berkongsi banyak..itu shj yg sempat di tangkap minda ketika sedang asyik mendengar ceramah dr ustaz Mansur dari Universiti Malaysia Pahang(UMP). insyaAllah..sekiranya diari itu berjaya ditemui..sy akan huraikan dgn lebih panjang lagi.

wasalam

p/s : manekah buku ku?sesiapa terjumpa btau ye..:(

2 comments:

Anonymous said...

Aini,teruskan menulis.Biar sedikit sehari,biarlah satu ayat sehari,yang penting kerap dan istiqamah.

Keep it up!

ainies said...

thanks abg cord~insyaAllah ain akan berusaha tuk senantiasa beristiqamah