Friday, November 28, 2008

ketabahan seorang UMMI~

malam itu hujan renyai-renyai membasahi bumi seri kembangan mahupun kawasan sekitarnya termasuk putrajaya dan cyberjaya...aku tidak tahu kenapa malam itu seakan-akan bakal mengundang sesuatu perkara..air mata ku juga begitu senang mengalir..aku termanggu..dlm pemikiran ku cukup serabut..bermacam-macam perkara tenggelam timbul bersama bunyi hujan yang hampir-hampir menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti tetapi tidak..aku cuba menghubungi sahabatku, sekadar cuba mencari jalan menenangkan perasaan ku..panggilan itu tidak berangkat..tidak tahu mengapa lama benar aku tidak bercakap dgn nya..mungkin juga dia busy..sekali lag air mata ku mengalir..tidak tahu apa yg harus ku buat walaupun ku tahu bertimbun-timbun assignment yg menanti utk di uruskan.

tiba-tiba~

kring...kring..deringan nada bunyi lelaki idaman nyanyian melly Goeslaw mengejutkan aku..kuperhatikan pada skrin..jelas tertera perkataan 'MAMALUFF calling'..ummi call?kenapa? lantas aku mengesat air mata ku dan cuba mengawal kembali nada suaraku..

aku : hallo...assalamualaikum ummi..
ummi : waalaikumussalam...akak ade klas x skang ni? abg mana?abg ada klas??free x skang ni??

bertalu-talu soalan itu keluar dr mulut ummi..aku mula merasakan sesuatu yg buruk terjadi..suara ummi jelas bergetar membuatkan aku makin berdebar..lalu aku menjawab dgn nada selamba~

aku : xde pape ummi..ngah relaks2 je..abg je ngah buat assignment dia..esok ada submission..kenapa ummi?
ummi : tolong ummi...angah accident..kat putrajaya..dia skang kat hospital serdang..ummi kat shah alam..lmbt lag nak sampai..pergi tgk angah kat hospital serdang boleh??

aku tersentak..ternyata apa yg aku bimbangkan terjadi juga...arh..lantas aku bertukar pakaian dan memandu bumble menuju ke hospital serdang dgn kadar segera...bermacam-macam perkara bermain di fikiran ku~bimbang sekali utk berdepan perkara yg di luar jangkaanku..aku cuba berzikir dan berdoa supaya angah tidak apa-apa. Hudzaifah di sebelahku juga begitu..x berani bersuara dan memikirkan apa yg bakal kami lalui kelak.

sampai shj di hospital serdang..aku dan hudzaifah terus meluru ke wad kecemasan..semakin dekat langkah kami ke situ..semakin aku tidak dpt mengawal perasaan..aku kuatkan juga semangatku bg persediaan menghadapi apa shj yg bermain di fikiran..wajah angah silih berganti..senyuman dan gurauan nya bagai mengganggu perjalanan ku menuju ke wad kecemasan. aku terus meluru ke kaunter pendaftaran bg bertanya kan dia..tp jwpn hampa yang aku perolehi~aku tidak dibenarkan berjumpa dgnnya walaupun aku merupakan ahli keluarga terdekatnya...lantas aku menunggu di suatu penjuru..cuba menenangkan perasaan ku yg tidak keruan. aku cuba menghubungi ummi..aku tahu..jika aku berperasaan begitu..apatah lagi ummi yg melahirkan dan membesarkan angah dari kecil..sikap angah yg degil menyebabkan ummi lebih byk memberi perhatian kpdnya..memang dari kecil..ummi selalu turutkan apa sahaja kemahuan angah. sikap angah yang kadang-kadang membelakangi ibubapa..membuatkan ummi lebih menyayanginya dan menuruti apa sahaja yang angah hendaki..

lamunan aku dikejutkan dengan kehadiran ummi di hadapanku..aku dpt melihat dgn jelas kebimbangan yg terpampar di wajah ummi..lantas ummi bertanya dgn ku bagaimana keadaan angah..aku menjelaskan kpdnya bahawa kami tidak dibenarkan masuk kedalam..ummi terus menelefon seseorg. tiba-tiba timbul seorg perempuan muda..mungkin hanya beberapa tahun lebih tua dariku..lantas perempuan itu memperkenalkan dirinya dan membawa kami berjumpa dgn 'mereka' yang bersama angah ketika kejadian. di salah satu ruangan bilik kecemasan..aku lihat salah seorg dr 'mereka' duduk di atas katil dan yg lainnya kulihat hanya cedera ringan. ummi lantas masuk ke dalam bilik itu dan meluru ke arah 'mereka'. ku sangkakan ummi mahu menyerang mereka krn mengakibatkan angah kemalangan. tetapi jangkaan aku meleset. lantas ummi bertanyakan dengan lembut..."macam mana boleh jadi mcm ni?..kan kak wan da pesan...dah larang..jangan keluar malam...nak buat apa pergi jauh-jauh sampai putrajaya..tengah-tengah hujan ni...semua perempuan pulak tu..kenapa xnak dengar kata2 org tua?"

semua tertunduk...masing2 x berani mengeluarkan kata2..ketika itu hanya air mata shj yg memberi jawapan kpd pertanyaan ummi..ku lihat wajah ummi sambil memegang bahunya..ku lihat ummi sedikit pun tidak mengalirkan air mata..aku tahu..walaupun air mata ummi tidak mengalir..tetapi dalam hatinya..hanya ALLAH shj yg tahu betapa siksanya ummi mengetahui tentang perkara yang terjadi ini..yg jauh sekali di luar jangkaanya.. ummi menyambung kembali "aimi mana?macam mana dgn dia?" saat itu br ummi bertanyakan angah setelah sedar yang angah tidak ada bersama 'mereka'. 'mereka' lantas menjawab,"xtahulah kak wan...aimi ada dlm wad kecemasan lag..tadi aimi tercampak keluar kereta..dari tad dia ada kat dlm.."

ummi menggemgam erat tanganku~saat itu ummi seperti mengalirkan kebimbangannya kepada ku..aku dan ummi berpandangan..aku seperti memahami apa yg bermain dlm pemikiran nya..ku pandang wajah sayu ummi..tiba-tiba perempuan yang membawa ummi kpd 'mereka' tadi bersuara.."ummi, saya rasa..ummi masuk je ke dlm tgk anak ummi..usah hiraukan apa yg nurse tu ckp..masuk je..saya tadi pun pkai masuk je..." aku dan ummi mengikut perempuan itu kedalam wad kecemasan..mencari2 kelibat angah..di sepanjang perjalanan ke wad itu..aku mengemgam tangan ummi.sejuk.tangan ummi menggeletar..aku dpt mendengar..selawat dan zikir tidak lekang dari mulut ummi.aku memeluk bahu ummi..sekadar mahu menenangkan perasaannya..

tiba-tiba~

ummi berhenti..."angah....angah..." aku lihat satu tubuh di atas sebuah katil di suatu penjuru...angah menyedari kehadiran kami.."ummi....ummi..maafkan angah ummi..." itu sahaja yang lahir dr mulut angah..aku, angah dan juga perempuan tad menangis..tetapi tidak ummi..melihatkan keadaan angah yang tidak mampu bgn hatta mengerakkan anggota tubuh badannya melainkan hanya sebelah tangan shj..membuatkan aku bertambah sayu....muka angah bercalar-balar dek kerana akibat accident itu..telinga angah koyak dek kerana tercampak keluar kereta dan tersembam...aku yg berada di belakng ummi..menyedari yg tubuh ummi semakin lemah..ummi seperti tidak mampu berdiri lagi melihat keadaan angah begitu..aku segera menghulurkan ummi kerusi..ummi duduk menenangkan diri..sambil itu aku berbual2 dgn angah...perkataan maaf tidak lekang dari mulut angah atas kesilapannya yg tidak meminta izin dgn ummi sebelum keluar pada malam itu..aku lihat ummi hanya diam..seperti mencari-cari ketenangan dalam kekusutan mindanya..sekali lagi aku menggemgam tangan ummi..ku cuba kuatkan hati juga supaya air mata ini tidak mengalir lagi..aku cuba menenangkan ummi dgn mengatakan angah xde apa2..mungkin hanya patah tangan atau kaki shj..aku cuba juga melirik senyuman utk ummi supaya ummi terasa lebih lega..angah juga cuba tersenyum menyembunyikan kesakitan yg di alami di depan ummi..

kerana tidak boleh lama..aku dan ummi terpaksa keluar dr wad kecemasan..dan menunggu di luar wad.sebelum keluar..aku sempat menemani ummi ke bilik air kerana ummi termuntah. aku tahu..ummi sebenarnya tidak tahan melihat anaknya tersiksa di dlm wad kecemasan..

itulah ketabahan ummi menghadapi apa sahaja cabaran dan ujian yg Allah berikan kepadanya..sungguh aku kagum dengan semangat yg ada padanya...ku doakan ummi sentiasa kuat menghadapi ujian drpd-Nya..ku doakan juga supaya aku juga diberikan kekuatan itu utk menghadapi hari-hari ku kelak~

..::Terima Kasih Ummi ::..

p/s : ya Allah...Engkau sembuhkan lah adikku..berikanlah dia kekuatan untuk mengahadapi hari-harinya kelak~
angah sedang di rawat di hospital Ampang Puteri di tingkat 5, bilik 543..sesiapa yg ingin melawat msg sy dulu k!

5 comments:

aini mardhiyah said...

Assalamu'alaikum qur~

sy dapat tau dari shuhada tempoh hari.. bagaimana angah skrg? mudah2han dia segera sembuh.

Jaga diri baik2 ye >:D<

ainies said...

waalaikumussalam aini,

hurm...alhamdulillah..angah da semakin baik..

ini sekadar picisan ujian yg DIA berikan kpd sy n family~DIA tidak akan beri kalo sy n famili takan dpt hadapi kan?

doakan kami sentiasa tabah!
kamu tu take care k!

Huda Engku said...

semoga dia cepat sembuh, diberikan kesabaran... jika sabar insha Allah dosa2 kecil terhapus kan?

ainies said...

choco~
insyaAllah...thanks yerp ziarah blog ain~
kem salam engku..

buzzy said...

dah sehat kah beliau?...semoga semuanya baik2 hendaknye