Monday, July 21, 2008

renungan

"salam, sekadar teguran dari seorang sahabat. cinta itu buta tetapi jgn kita butakan hati kerana cinta. berdua lebih baik, tp ingatlah..bila berdua pasti ada ketiga. maafla.hanya teguran dari seorg sahabat"

aku merenung kata-kata itu di ruang pesanan yg baru ku taip sebentar tad..aku berbelah bagi..mahu menghantar atau tidak msg itu..aku tahu sudah menjadi tanggungjwb aku utk mengingatkan dia ttg perkara itu...aku tahu..aku cukup berdosa jika aku diamkan sj perkara itu..aku tahu..jika aku menyayangi dia, ini satu cara utk berkongsi cinta ku padanya..aku termenung seketika..bukan aku tidak pernah menasihatinya..tetapi byk kali aku sudah mengingatkan dia..aku juga pasti..rmai lag kwn2 ku yg berusaha menasihatinya...tp selama ini ku rasakan sia2 sekiranya kami menasihatinya krn aku sudah pasti akan kesannya "seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan" ada sesetengah sahabat sudah give up utk mengambil tahu ttg dia..aku x mengerti..
____________________________________________________

tatkala aku baru sahaja bercakap ttg nya bersama seorg sahabat ketika berhenti di persinggahan utk membeli kerepok lekor di suatu tempat..dia muncul di hadapan ku bersama seseorg.aku tergamam..SPEECHLESS!! lantas mood aku utk membeli-belah di situ hilang..hanya beberapa brg sahaja yg kubeli sekadar mengisi perut..aku memandu buMbLe bEe ku sambil memikirkan perkara itu..

aku igt lagi...dulu sewaktu kami selalu luangkan masa bersama..dia antara sahabat yang aktif mengingatkan sahabat lain ttg bahayanya perkara itu..saat itu, aku kagum dgn setiap katanya...krn nya aku juga cuba mengubah diri ku...alhamdulillah..aku kini bukan aku yg dulu..
aku juga mengerti, kasih sayang manusia sgt nikmat..sgt bahagia..sgt gembira..tp jgn kerana cinta manusia kita mengenepikan larangan DIA terhadap kita..jgn kerana cinta manusia kita membutakan mata kita akan dosa pahala yang kita sudah tahu akibatnya..

aku nekad..walau ape terjadi..aku perlu jlnkan tanggungjawab ku..bukan kerana apa..kerana aku masih menyayangi dia sebagai sahabat ku..ku harap message itu mampu menggerakkan hatinya walaupun sedikit...

lantas, aku menekan butang send..dengan harapan dia kembali seperti dulu..

p/s : sahabat, jika kamu membaca entry sy ini..ketahuilah..sy betul2 mahu kamu kembali menjadi kamu yang dahulu..sy tahu kalau itu dikatakan 'HIPOKRIT' biarlah kita 'HIPOKRIT' di mata manusia..jgn kita HIPOKRIT di mata Allah..walaupun kamu tidak suka sesuatu perkara..tetapi percayalah itu pasti akan ada hikmahnya..

8 comments:

Anonymous said...

Salam.
:)
Semacam ujian bagi kalian.

Bagi dia, mengotakan ingatannya pada teman suatu masa dulu.

Bagi awak, untuk sentiasa memberi ingatan padanya.

Tiada perkataan MUDAH dalam berjuang, dik. Dan PUTUS ASA itu tiada dalam pilihan untuk berdakwah.

DIA yang mengaturkan segala kejadian, maka tika inilah usah berat untuk memohon padaNYA.
Ya Tuhan, permudahkanlah segala urusanku.

;)

ainies said...

wasalam..

thanks kak lenny..kata-kata itu sedikit sebyk melegakan ain..insyaAllah..i'm trying to ignore that word(PUTUS ASA)

semoga kita sentiasa istiqamah..AMIN~

Anonymous said...

salam ain,
ade die response ke blk msg awk tuh?

Mohd Fakhrurazi Mohd Yusuff said...

"Seorang yg hebat mmpu terjunam dek atas nama cinta..cinta yg karut dan buta"....sama2 doa eh..

Mya Sakura said...

salam..

syabas dik, akak kagum dgn kekuatan awk..sememangnya sukar utk menegur sahabat sendiri..tp InsyaAllah dan yakinlah kamu bahawa Allah sentiasa bersama-sama orang yg berjuang demi agamaNya :) Rabbi yassir wala tuassir..Amiin~

sama2 kita beringat & doakan moga kita juga tidak terlibat dlm perkara yg sama..nauzubillah..

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberikan petunjuk kepada kami, dan limpahkanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah pemberi (anugerah) ~ (Surah Al-Imran : 8)"

never give up ya dik ;)

ainies said...

wasalam norain~
setahu sy dia x reply msg sy..tp x kesah la..yg penting msg itu sampai pd dia..tugas sy dah settle..yg lain up to her~

fakhru~
insyaAllah...doa sy sentiasa mengiringi sahabat2 saya..AMIN!

wasalam kak wani~
thank you..insyaAllah..dgn adanya akak and sahabat2 di sisi..ain will never give up! thanks akak!=)

ShuhadaFauzi said...

usaha telah kita lakukan...
sama2 lah berdoa buat sahabat yg kita sayang....:)smoga kita sama2 diberikan kekuatan... ameen..(^_^)ambillah ape2 pengajran yang kite blh dpt spnjng prjlanan episod ini....

P/s: kenangan lalu x pnah luput diingatan... Ya Allah....

ainies said...

shu~

semuga doa ini sentiasa mengiringi sahabat2 kita..thanks~
cayam awak!!wink..wink...