Thursday, July 24, 2008

kerjasama atau satu bentuk penyelewengan??

aku mengikuti sahaja perkembangan politik Malaysia kini dalam senyap...tp cukup merunsingkan aku bila mengetahui akan kerjasama yang di tawarkan oleh Barisan Nasional (BN) terhadap PAS baru2 ini...bukan kerana apa..walaupun aku jarang mengambil tahu hal politik Malaysia..tetapi aku masih mengikuti secara x langsung apabila melayari blog rakan-rakanku..bermacam-macam komen yang aku baca melalui mereka..tibe-tibe tergerak dalam hatiku utk menyatakan pendirian aku pula..

ade sesetengah dari sahabat bersetuju dgn kerjasama bg mencari titik persamaan dalam kedua-dua parti politik itu...ada sesetengah nya pula meletakkan pandangan tiada satu pun politik di Malaysia ini adalah bersih..secara jujur aku mengatakan aku menyenangi politik yang di bawa parti pembangkang di Malaysia ini..mungkin kerana aku pernah terlibat secara langsung dalam mengendalikan program dari kedua-dua pihak..hurm..berbalik ttg hal kerjasama ini..aku pernah terbaca akan satu sejarah PAS di suatu masa..seingat aku, ketika zaman PAS pernah kalah di kelantan dahulu.Faktor utama akan kekalahan PAS di Kelantan dulu melalui kerjasama seumpama inilah..[kalau anda ingin baca boleh klik di sini] bukan aku menyebelahi tetapi aku melihat perkembangan mereka dari pandangan seorg rakyat..sungguh aku menyenangi suasana Islam ketika aku menuntut di salah sebuah sekolah di Kelantan dahulu..boleh ku katakan jauh beza suasana di sana daripada di Selangor ini..lihat pula kesan dari pembangunan insan melalui pengenalan Islam Hadhari..nyata meleset!setiap hari..ada sahaja masalah sosial yang keluar di kaca tv..

tetapi hari ini aku senang hati bila membaca berita ttg kerjasama ini yang tidak menjadi..cuma ade pertemuan yang ringkas di antara mereka berkaitan dengan Islam dan rakyat..mungkin ini akan memberi peluang kpd kerajaan mendengar something dari sudut pembangkang..

p/s : merindui saat-saat berada di Kelantan!isk...isk....

5 comments:

niksan said...

salam ain,
mereka yg setuju mungkin lupa sejarah 1969 itu. masa berbeza,org berbeza..muslihat? mungkin sama, mungkin tidak. Kita berdoa kepada Dia, moga jalan ke arahNya; mendapat bantuan. ;)

Anonymous said...

mungkin kita berbeda pendapat.. namum walau apa pun parti kita.. kita tetap saudara se islam..umno or pas ISLAM perlu didahului.. cuba cari byk persamaan dari berbedaan utk ISLAM lebih bersatu..

ISLAM UNTUK SEMUA...

ainies said...

wasalam norain shari~

mungkin mereka bukan lupa...malah x tahu akan asal usul sesuatu perkara..ape2 pun penting utk kita sbg rakyat mengetahuinya agar kita tahu MENILAI~

ainies said...

penyejuk mata~

mmg betul kita semua bersaudara...tetapi perlu di lihat dan di analisa sebaik mungkin apabila ingin melakukan sesuatu perkara yang melibatkan ramai orang supaya kita tidak mudah tertipu...jangan nanti bila nasi sudah menjadi bubur masing2 menyesal x sudah..=)

Anonymous said...

salam..merewang2 diantara 1 blog ke satu blog akhirnya saya sampai ke blog saudari dan terjumpa post yg menarik perhatian...setelah selesai membaca terdetik saya pada satu soalan..kiranya UMNO tdk boleh berkerjasama dgn PAS ataupun sebaliknya dengan parti mana lagikah ia akan berkerjasama sedangkan kita tahu hanya ada 2 sahaja parti politik MELAYU di Malaysia iaitu PAS dan UMNO ? Apakah PAS lebih mempercayai DAP yang jelas mencemar maruah PAS sejak awal penubuhannya hinggalah ke hari ini ? Faizal Tehrani juga telah meluahkan kegusarannya terhadap tindak tanduk kepimpinan PAS yang dilihat TUNDUK pada DAP..apakah PKR yang 75% dpd barisan kepimpinannya BUKAN ISLAM itu boleh dikatakan parti melayu hanya kerana dipimpin oleh Anwar Ibrahim ? ...bagaimana saudari ? advise saya..terlibatkan politik kerana islam dan kerana melayu...jgn terlibat politik kerana PAS mahupun UMNO kerana ianya akan merugikan bangsa kita..