Wednesday, April 1, 2009

saya sedang marah

Wahai Hawa,

Jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu.

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.


Wahai Adam,

bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Wahai Hawa,

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.


Tapi Adam,
Kau sebenarnya imam dan hawa adalah makmummu,
hawa adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah hawa.
Jika kau lalai, lalailah hawa.
Kau punya kelebihan akal manakala hawa kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Hawa... akalmu satu nafsumu beribu!

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar,
maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur,
wahai adam dan hawa percayalah bahawa kalian semua adalah makhluk yang sebaik-baik ciptaan yang mempunyai kepentingan masing-masing..

p/s :ya Allah, Engkau tunjukkanlah kami jalan yang lurus..zahirkanlah MALU dlm diri muslimah kami..jadikanlah kami antara mujahidah pilihan-Mu..Amin ya Rabbal Alamin~

12 comments:

izzahmeor said...

ameen....

~mIsS_p00h~ said...

Aminnn...

Jalan terbentang sememangnya untuk mujahidah yang terpilih saja krn jika yang lain, belum tentu dpt adapt dgn envi yg sbgini rupa tapi terus istiqamah berjuang~ :)

Pray a lot sis!
Hidayah itu milikNya yang Hak!!

Anonymous said...

Allahuma amin..perkenankan doa ini ya Allah.. =)

-nilamkura

Anonymous said...

ameen:)

-shuhada-

fAizAL(^^,)izWaN said...

ameen........

~ZuLhAiRi~ said...

salam 'alayk...

wacana yg baguss...

Allahumma ameen..

btw : lama x jumpe...bile abes?

aNfaLafNa said...

amin :)
ain cayam~jgn marah ye.hee~:)

nurul said...

amiin.. perkenankan doa kami ya Allah, perkenankn doa kami ya Rahman, perkenankn doa kami ya Rahim.. hanya kpdMU kami berserah..

Anonymous said...

Allahumma ameen...=)


~mmmeeeooowww~

ainies said...

tuk semua~

thanks eh krn mengaminkan..insyaAllah Allah sentiasa mendengarkan doa hamba-Nya kan?

~misS_p00h~
thanks for the advice!

ZuLhAiRi~
insyaAllah..kalo tade subject yg sangkut ni sem last sy tuk blaja..next sem n sem 2 sy stat praktikal..pastu abes la..ni sem last kamu kat mmu gak kan?

ainies said...

aNfaLafNa~

sy x marah2 da..ngeeee~

Shahrul Nizam Mohamed said...

ameenn~~~