Tuesday, April 28, 2009

camne nih?

Macam Mana Nih?!
www.iluvislam.com
Kiriman: prettysunshine
Editor : b_b


Kalau kita malas nak zikir, Malas lagi kita nak solat.
(Mestilah, dah zikir pun malas, apatah lagi nak sembahyang!)

Kalau kita susah nak hormat ibu ayah, Susah lagi untuk kita nak hormat Allah.
(Tak percaya? Cuba fikir, mak ayah pun kita tak reti hormat, macam mana nak hormat Allah, Tuhan Pencipta Alam ini?)

Kalau kita malas berpuasa, Malas lagi kita nak pergi berperang untuk Islam.
(Betullah! Kenapa? Sebab puasa sehari pun kita sudah tak tahan, macam mana nak berperang yang amat memerlukan kekuatan dalaman?)




Kalau kita susah dan lambat melunaskan hutang kita sesama manusia, Untuk apa kita berhutang dengan Allah.
(Contohnya tinggal solat, puasa, zakat dan macam-macam lagilah! Tak ke namanya hutang dengan Allah itu?)

Kalau kita tak mahu memaafkan orang lain, Allah lagi tak ingin nak ampunkan kita!
(Ampunkanlah sahabatmu, sedangkan nabi sendiri ampunkan ummatnya yang beribu!)

Kalau kita jauhkan diri kita satu langkah dari Allah, Allah meninggalkan kita seribu langkah jauhnya.
(Fikirlah sendiri!)

Kalau kita membenci Islam, Cuba fikir balik, Macam mana kalau Allah benci kita, meluat dengan kita?
(Fikir dahulu sebelum buat!)

p/s : saya masih kalah!ape boleh buat..saya manusia lemah....(boleh pakai ke alasan ni??)

p/s : sy masih susah utk memaafkan org..tahu copy paste sj..tp sendiri tidak mahu menerima apa yg di post!bila mahu sedar?



9 comments:

nurul said...

kite x kalah.. cume kite belum mampu utk ke puncak kemenangan.. teruskn usaha walau sepayah mana skali pun & jgn gugur dpertengahan medan perjuangan.. sama2 kite perbaiki diri yg serba kekurangan.. ya Allah, berilh kamu kekuatan & kesabaran seperti junjungan besar Muhammad saw serta para mujahid Islam yg berjuang dijlnMU..

nurul said...

pembetulan: ya Allah, berilh kami kekuatan & kesabaran seperti junjungan besar Muhammad saw serta para mujahid Islam yg berjuang dijlnMU..

zinnirah_aljannah said...

"Saat KEKALAHAN itu bermula apabila kamu berasa lemah dalam perjuangan, dan saat KEMENANGAN itu bermula apabila kamu melawan kelemahan itu."

p/s: kalau kita susah nak buat apa yang kita nak orang lain buat, kita lah perlu baca every day perkara tu pada diri sendiri kerana telinga kita lebih dekat daripada telinga orang lain yang mendengarnya. :D

insyaAllah ain boleh~ ;)

izzahmeor said...

Salam..

p/s: alasan xleh pakai..
p/s: bangun ain!! sedar, sedar!! chaiyok3!!ain buleh!!! :D

Habibah AR. said...

Kemenangan itu ada di mana-mana, dan perlu sentiasa berusaha ke arah itu. Hidup mulia, mati syahid.

fAizAL(^^,)izWaN said...

kemenangan...
bila ref meniup wisel penamat dan keputusan menunjukkan 5-2 berpihak kepada manchester united ;p
haha~

jangan terlalu memikirkan perihal org laen....sygi diri dulu!! ;)

Nurul Aizam Zaini said...

tiada manusia sempurna kecuali rasulullah s.a.w...

tapi kita harus sentiasa perbaiki diri.. :) dan percayalah, ain akan terus maju kehadapan bila segala galanya kita kembalikan pada yg ESA...

dun wory oke... Allah akan lorongkn jln yg mudah utk hamba2 NYA yg bantu Agama ini =>

Fasthabiqul Khairat~

ainies said...

nurul~
thanx ummi atas nasihat..sy bersyukur Allah kurniakan IZZAH itu melalui sahabat2 sy..AMIN~

zinnirah_aljannah~
sy akan cuba tips awak tu cik zinnie..thankx yerp!

izzahmeor~
wasalam..yeee..sy perlu sedar!wuuuu~

crimsonskye~
usaha+doa+tawakal= kejayaan..sy akan perjuangkan itu..semoga Allah menetapkan sy utk syahid di jalan-Nya..

fAizAL(^^,)izWaN~
haih..jad pengadil plak die kat sini..sy x mahu memikirkan..tetapi kdg2 ia terpk dgn secara automatik..camne tuh?

nurul aizam~
insyaAllah..tp kdg2, minda ini berpk sumthing di luar kawalan..yg x penting pun..walaupun akal menafikan utk berpk..huhu..~

fAizAL(^^,)izWaN said...

sy mmg xmo pikir tp die pikir scara otomatik...

dh slalu sgt dgr ayat ni!!!ingat ms mukhayyam??mental mengatasi fizikal dlm sesuatu hal..so,andai mental kuat,insyaALLAH sgalanya mungkin!!
ayat itu,seolah2 sbg suatu alasan wajib!!sbenarnye..byk lg benda yg kita boleh pikirkan!!dan sbb itu kita dinasihatkan utk sentiasa membzkan diri...jalan2,lompat2,update blog(tp kl sakat2 org,NOT ALLOWED)
coz,tatkala kita sorg2 tu,tu yg setan mula dtg kaco & bermain2 dgn perasaan kita!!!!

percayalah...ALLAH sdg berbicara sesuatu dgnmu :)