Wednesday, January 16, 2008

kanak-kanak itu..

aku melangkahkan kaki..tersenyum melihat pelbagai keletah kanak-kanak berbaju putih dan berseluar hijau juga berbaju kurung putih berkain biru. terasa seperti aku kembali ke zaman dahulu. aku meneruskan langkah ku seperti baru shj memasuki alam itu. alam persekolahan sekolah menengah. tetapi kali ini berbeza..aku hanya menghantar adikku yang memasuki asrama pd 15 januari 2008. mahu saja aku kembali menjadi kanak-kanak seperti dahulu kala.


perasaan ku ketika itu bercampur baur. sedih+gembira+rindu+bangga+malas. sume nye ade. ku lihat, kanak-kanak riang bermain. gembira, ade juge yg masih blur dgn persekitaran baru contoh terbaik adik ku. aku merenungnye seperti mengerti ape yg sedang di laluinye . mungkin kerana aku pernah merasai perasaan itu suatu ketika dahulu. betapa indah nya alam persekolahan dulu, penuh dgn gelak ketawa. dapat berjumpa kawan2 baru seangkatan dgn kita. tiba-tiba adik ku berkata, 'kak, rs mcm nk sambung cuti lag la...' aku tersenyum sambil melihat dia. aku memahami perasaan nya. pertama kali berjauhan dgn bonda dan ayahanda tersayang. x tergambar betapa sedehnye perasaan itu. walaupun diri menipu tidak pernah menangis, tp hati bagaikan mahu meraung mahu pulang. tp hati tersemat ingin belajar bersungguh-sungguh. harapan ku ingin menggembirakan ibubapa suatu hari kelak. aku pasti..adik ku juga menyimpan hasrat itu.

hari itu aku rasa begitu sibuk sekali, bermacam-macam perkara perlu di buat. baru aku terasa akan kesibukan ibu dan bapa ku ketika menguruskan ku suatu masa dahulu. kerja di pejabat dan menguruskan adik2 yang lain perlu di lakukan pada masa yang sama. Arh!!besar benar tanggungjawab mereka. x berani ku hitung. mungkin kerana aku tidak berani memikirkan bagaimana mahu ku balas jasa mereka. aku khuatir, aku tidak mampu membahagiakan mereka.

semuga doaku kpd mereka, mampu menjadi bantuan buat mereka di akhirat kelak^_^

3 comments:

fAizAL(^^,)izWaN said...

alamak..
haha,baru tau cik qurr pn ade blog..
ahahha~
apekaba org kampung?? ;p

alFaisal said...

Ain memang selalu nak kembali zaman kanak2 dia...paham sangat dah hehehe

ainies said...

huh~org kampung?tatau plak kite ni satu kampung..
cik pejal salah org neh...

alfaisal~ kalo doraemon ade...da lama naik mesin masa:)