Thursday, January 3, 2008

2008..

selamat datang tahun 2008...hurm..x sangka masa begitu cpt berlalu...pejam celik-pejam celik kita dah pun masuk tahun baru...pastinya ramai di antara kita da pun menyimpan azam baru seperti kebiasaan yang di lakukan oleh manusia."ingin menutup buku lama dan membuka buku baru". beria-ia masing-masing ingin menyimpan azam baru yang pastinya berlainan dan istimewa dari tahun sudah. mungkin ada yang ingin memiliki kereta, rumah, 'result' yang baik dlm pelajaran dan sebagainya. tapi jarang di antara kita yang bermuhasabah ape yang dah kita lakukan di tahun yang sudah. keghairahan menyambut tahun baru seakan-akan melupakan manusia apa yang septtnya di buat hamba Allah. x kurang juga yang menyambut nya dgn pelbagai aktiviti melalaikan. subhanallah! itukah azam baru yang kita mahu tonjolkan?

sehingga kini, saya masih lagi memikirkan azam tahun baru yang ingin di sematkan dlm diri. tapi sehingga kini sy masih menemui jalan buntu. sudah tentu azam yg ingin sy tanamkan supaya sy ingin menjadikan diri sy lebih baik dr tahun sudah. tp...terlalu banyak dosa dan tabiat buruk yang sy lakukan...sehinggakan minda ini x mampu berfikir. ingin meletakkan azam supaya 'tahun ini lebih baik dari tahun sudah'? sy sudah pun menyimpan azam itu pada tahun baru dlm islam 'hijrah'. dan progressnya? huh...biarlah sy sendiri menilai. anda? bagaimana?

renungkan lah setiap saat yang kita lalui sudah. pandanglah kebelakang dan muhasabah lah setiap perkara yang di buat. jadikan perkara lalu sbg benteng untuk kita menghadapi perkara akan datang.

'selamat menyambut tahun baru'

4 comments:

Anonymous said...

selamat tahun baru ummi~ :)

semuga hari2 mendatang lebih baik buat diri kita~ ;)

ainies said...

selamat tahun baru kamu~

gud luq exam k!!!selamat bercutiiii!!!

Anonymous said...

semoga tahun baru ini akan terus menjadikan dirimu cemerlang gemilang dan terbilang... ;)

Anonymous said...

all the best exam mi!