aku melangkahkan kaki..tersenyum melihat pelbagai keletah kanak-kanak berbaju putih dan berseluar hijau juga berbaju kurung putih berkain biru. terasa seperti aku kembali ke zaman dahulu. aku meneruskan langkah ku seperti baru shj memasuki alam itu. alam persekolahan sekolah menengah. tetapi kali ini berbeza..aku hanya menghantar adikku yang memasuki asrama pd 15 januari 2008. mahu saja aku kembali menjadi kanak-kanak seperti dahulu kala.
perasaan ku ketika itu bercampur baur. sedih+gembira+rindu+bangga+malas. sume nye ade. ku lihat, kanak-kanak riang bermain. gembira, ade juge yg masih blur dgn persekitaran baru contoh terbaik adik ku. aku merenungnye seperti mengerti ape yg sedang di laluinye . mungkin kerana aku pernah merasai perasaan itu suatu ketika dahulu. betapa indah nya alam persekolahan dulu, penuh dgn gelak ketawa. dapat berjumpa kawan2 baru seangkatan dgn kita. tiba-tiba adik ku berkata, 'kak, rs mcm nk sambung cuti lag la...' aku tersenyum sambil melihat dia. aku memahami perasaan nya. pertama kali berjauhan dgn bonda dan ayahanda tersayang. x tergambar betapa sedehnye perasaan itu. walaupun diri menipu tidak pernah menangis, tp hati bagaikan mahu meraung mahu pulang. tp hati tersemat ingin belajar bersungguh-sungguh. harapan ku ingin menggembirakan ibubapa suatu hari kelak. aku pasti..adik ku juga menyimpan hasrat itu.
hari itu aku rasa begitu sibuk sekali, bermacam-macam perkara perlu di buat. baru aku terasa akan kesibukan ibu dan bapa ku ketika menguruskan ku suatu masa dahulu. kerja di pejabat dan menguruskan adik2 yang lain perlu di lakukan pada masa yang sama. Arh!!besar benar tanggungjawab mereka. x berani ku hitung. mungkin kerana aku tidak berani memikirkan bagaimana mahu ku balas jasa mereka. aku khuatir, aku tidak mampu membahagiakan mereka.
semuga doaku kpd mereka, mampu menjadi bantuan buat mereka di akhirat kelak^_^
Wednesday, January 16, 2008
Saturday, January 12, 2008
am i ready??
tirai di singkap c gadis ayu,
terbuka rahsia alam ciptaan-Nya,
hijrah ini sinaran baru,
buat diri kita hamba-Nya.
tahun baru hijrah br shj menjelma. huhu..cpt btul ms berlalu..adeih..am i ready?? soklan tu keep playing around dlm kepala ini. kenangan yg tercoret pd tahun lalu menyimpan beribu maksud utk di hayati dan di jadikan iktibar. yang pasti nya, kenangan lalu sentiasa menjadikan kita tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. tp, mampukah diri menghadapi setiap dugaan yang bakal mendatang kelak? hanya Allah shj yg tahu[mcm knal je ayat tu^_^] kembali teringat pesanan sahabat2, juga yang sering di sebut dlm atau mana2 tazkirah yg menyebut ' Allah tidak akan menguji hamba-Nya dgn ujian yg dia tidak mampu hadapi ' InsyaAllah, walau seberat manapun ujian itu diri akan sentiasa berusaha menghadapinya [chayouk2]
semalam ku buka tv bg mengisi kubusanan menghadapi musim-musim cuti semester ini, dari satu siaran aku beralih ke siaran yang lain. tapi sume nye same je..asik konsert sana sini. aku bertanya sendiri, da tade cara lain ke umat islam nak sambut tahun baru? mesti di buat konsert? kononnya mahu meriahkan suasana..tp bagi ku ternyata cara itu salah di sisi agama! sudah lah bercampur gaul muslimin muslimat, pakaian pula?nauzubillah hi min zalik... aku kembali rindukan zaman sekolah ku. pasti tahun baru di sambut dgn memeriahkan hati mengingati Allah dan rasul-Nya. meriah dgn program2 yang sentiasa mengingat kan diri dan hati yang sentiasa terleka. berkejar-kejar mahu mencoretkan yg indah2 sebagai lembaran baru yang sudah pastinya ingin menjadikannya lebih indah dari yang lepas. tp ternyata zaman untuk menerima apa sahaja yang telah di aturkan sudah lepas. kini, diri perlu berhadapan dgn dunia realiti yang sentiasa menghidangkan manusia dgn pelbagai hiburan.
kadang-kadang hati menangis mahu pulang seperti dulu. menangis krn nafsu lebih berkuasa dari akal. segala yang menjadi aturan untuk menjadi latihan dulu di uji keberkesanannya. yang pastinya, segala nya di uji sehabis-habisnya. cukupkah segala bekalan utk aku dahulu?
p/s : coretan ini hanya sekadar picisan luahan diri dari sy yang x mampu di luahkan dgn kata2. maaf sekiranya sy tidak menyampaikan apa2 pun ilmu yg bermanfaat krn diri masih tidak stabil di ambang tahun baru.wasalam.
Sunday, January 6, 2008
[salam takziah]
Innalillah hi wa inna ilahi rajiun
"daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali"
itu shj ungkapan yg termampu di luahkan dr bibir ini tatkala menerima sms dr senior yg di sayangi di kejauhan sana. khabaran berita pemergian ibu dan adik salah seorg dr bekas senior di MMU membuatkan sy terduduk. sungguh Allah senang shj mengambil apa shj yg kita ada. ibu, ayah, adik, keluarga, rakan2 mahupun sesiapa. hati ini berfikir sejenak "apakah aku mampu menghadapi sekiranya ia berlaku kpd ku?" perasaan ini berkata-kata sesama sendiri. "setiap yang berlaku ada pengakhiran nya". teringat kata-kata seorg ustaz dan sahabat sy, "segala yg ada di dunia ini adalah pinjaman drpd Dia utk kita, bersyukurlah dgn apa yg ada". masyaAllah, betapa besar kuasa-Nya x terlawan oleh sesiapa sahaja, hatta kuasa besar dunia sekali pun(US le tuh). hati lega sedikit.
kembali teringat akan tahun 2008 yg baru menjelma. Dunia sudah tua setahun! sudah 2008 tahun usia dunia. kalo ikutkan perkembangan usia manusia..80 tahun sudah mula membongkok. x terbayang 'dunia' sepertimana..adakah hampir sujud pula? itu belum di kira usia dunia dr zmn dinosour and batu dulu lag. berckp psl zmn batu minda berfikir, adakah kita sudah kembali ke zaman batu dahulu kala? dahulu kala, manusia tinggal di dalam gua batu, mkn apa shj yg ada juga x mempunyai satu dress code yg tlh di tetapkan. ambil shj kulit binatang dan balut badan mereka. asalkan bertutup sudah tanpa mengambil kira sudut agama. sekarang, manusia sudah semakin bertamadun[bak kata falsafah] bermacam2 teknologi sudah di 'explore' tp pernahkah kita sedar dunia seperti mahu blk ke zaman batu nya dulu? zmn ini, batu2 menjadi keutamaan dalam sesebuah struktur pembinaan. manusia semakin tidak mengambil kira apa spttnya yg menjad mknn diri samada utk fizikal mahupun rohani. pakaian semakin lama semakin singkat dan kecil spt kata2 org ' tidak cukup kain'. Dunia oh Dunia...
teringat kata2 seorg ulama' "semakin kita diberi nikmat, semakin kita leka dgn nikmat itu!" ape maksud nya? fikirkan lah sendiri..kan manusia semakin bertamadun!
huh!nak p pack brg..udah mahu pulang ke kg halaman..selamat bercuti di ucapkan kpd sume warga mmu..kite berjumpa pd sem hadapan!!!c ya when u c me!!!wassalam.
p/s : ibu dan adik kak Nisa'[ALUMNAI] telah kembali ke rahmatullah pd 5 januari 2008 kerana terlibat dalam kemalangan di perak. sama-sama kita berdoa semoga roh mereka di cucuri rahmat. Al-Fatihah.
Thursday, January 3, 2008
2008..
selamat datang tahun 2008...hurm..x sangka masa begitu cpt berlalu...pejam celik-pejam celik kita dah pun masuk tahun baru...pastinya ramai di antara kita da pun menyimpan azam baru seperti kebiasaan yang di lakukan oleh manusia."ingin menutup buku lama dan membuka buku baru". beria-ia masing-masing ingin menyimpan azam baru yang pastinya berlainan dan istimewa dari tahun sudah. mungkin ada yang ingin memiliki kereta, rumah, 'result' yang baik dlm pelajaran dan sebagainya. tapi jarang di antara kita yang bermuhasabah ape yang dah kita lakukan di tahun yang sudah. keghairahan menyambut tahun baru seakan-akan melupakan manusia apa yang septtnya di buat hamba Allah. x kurang juga yang menyambut nya dgn pelbagai aktiviti melalaikan. subhanallah! itukah azam baru yang kita mahu tonjolkan?
sehingga kini, saya masih lagi memikirkan azam tahun baru yang ingin di sematkan dlm diri. tapi sehingga kini sy masih menemui jalan buntu. sudah tentu azam yg ingin sy tanamkan supaya sy ingin menjadikan diri sy lebih baik dr tahun sudah. tp...terlalu banyak dosa dan tabiat buruk yang sy lakukan...sehinggakan minda ini x mampu berfikir. ingin meletakkan azam supaya 'tahun ini lebih baik dari tahun sudah'? sy sudah pun menyimpan azam itu pada tahun baru dlm islam 'hijrah'. dan progressnya? huh...biarlah sy sendiri menilai. anda? bagaimana?
renungkan lah setiap saat yang kita lalui sudah. pandanglah kebelakang dan muhasabah lah setiap perkara yang di buat. jadikan perkara lalu sbg benteng untuk kita menghadapi perkara akan datang.
sehingga kini, saya masih lagi memikirkan azam tahun baru yang ingin di sematkan dlm diri. tapi sehingga kini sy masih menemui jalan buntu. sudah tentu azam yg ingin sy tanamkan supaya sy ingin menjadikan diri sy lebih baik dr tahun sudah. tp...terlalu banyak dosa dan tabiat buruk yang sy lakukan...sehinggakan minda ini x mampu berfikir. ingin meletakkan azam supaya 'tahun ini lebih baik dari tahun sudah'? sy sudah pun menyimpan azam itu pada tahun baru dlm islam 'hijrah'. dan progressnya? huh...biarlah sy sendiri menilai. anda? bagaimana?
renungkan lah setiap saat yang kita lalui sudah. pandanglah kebelakang dan muhasabah lah setiap perkara yang di buat. jadikan perkara lalu sbg benteng untuk kita menghadapi perkara akan datang.
'selamat menyambut tahun baru'
Subscribe to:
Posts (Atom)