Wednesday, July 30, 2008

FoRuM ReMaJa


p/s : cam best je program kat atas tu...jom pi!!!

Thursday, July 24, 2008

kerjasama atau satu bentuk penyelewengan??

aku mengikuti sahaja perkembangan politik Malaysia kini dalam senyap...tp cukup merunsingkan aku bila mengetahui akan kerjasama yang di tawarkan oleh Barisan Nasional (BN) terhadap PAS baru2 ini...bukan kerana apa..walaupun aku jarang mengambil tahu hal politik Malaysia..tetapi aku masih mengikuti secara x langsung apabila melayari blog rakan-rakanku..bermacam-macam komen yang aku baca melalui mereka..tibe-tibe tergerak dalam hatiku utk menyatakan pendirian aku pula..

ade sesetengah dari sahabat bersetuju dgn kerjasama bg mencari titik persamaan dalam kedua-dua parti politik itu...ada sesetengah nya pula meletakkan pandangan tiada satu pun politik di Malaysia ini adalah bersih..secara jujur aku mengatakan aku menyenangi politik yang di bawa parti pembangkang di Malaysia ini..mungkin kerana aku pernah terlibat secara langsung dalam mengendalikan program dari kedua-dua pihak..hurm..berbalik ttg hal kerjasama ini..aku pernah terbaca akan satu sejarah PAS di suatu masa..seingat aku, ketika zaman PAS pernah kalah di kelantan dahulu.Faktor utama akan kekalahan PAS di Kelantan dulu melalui kerjasama seumpama inilah..[kalau anda ingin baca boleh klik di sini] bukan aku menyebelahi tetapi aku melihat perkembangan mereka dari pandangan seorg rakyat..sungguh aku menyenangi suasana Islam ketika aku menuntut di salah sebuah sekolah di Kelantan dahulu..boleh ku katakan jauh beza suasana di sana daripada di Selangor ini..lihat pula kesan dari pembangunan insan melalui pengenalan Islam Hadhari..nyata meleset!setiap hari..ada sahaja masalah sosial yang keluar di kaca tv..

tetapi hari ini aku senang hati bila membaca berita ttg kerjasama ini yang tidak menjadi..cuma ade pertemuan yang ringkas di antara mereka berkaitan dengan Islam dan rakyat..mungkin ini akan memberi peluang kpd kerajaan mendengar something dari sudut pembangkang..

p/s : merindui saat-saat berada di Kelantan!isk...isk....

Monday, July 21, 2008

renungan

"salam, sekadar teguran dari seorang sahabat. cinta itu buta tetapi jgn kita butakan hati kerana cinta. berdua lebih baik, tp ingatlah..bila berdua pasti ada ketiga. maafla.hanya teguran dari seorg sahabat"

aku merenung kata-kata itu di ruang pesanan yg baru ku taip sebentar tad..aku berbelah bagi..mahu menghantar atau tidak msg itu..aku tahu sudah menjadi tanggungjwb aku utk mengingatkan dia ttg perkara itu...aku tahu..aku cukup berdosa jika aku diamkan sj perkara itu..aku tahu..jika aku menyayangi dia, ini satu cara utk berkongsi cinta ku padanya..aku termenung seketika..bukan aku tidak pernah menasihatinya..tetapi byk kali aku sudah mengingatkan dia..aku juga pasti..rmai lag kwn2 ku yg berusaha menasihatinya...tp selama ini ku rasakan sia2 sekiranya kami menasihatinya krn aku sudah pasti akan kesannya "seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan" ada sesetengah sahabat sudah give up utk mengambil tahu ttg dia..aku x mengerti..
____________________________________________________

tatkala aku baru sahaja bercakap ttg nya bersama seorg sahabat ketika berhenti di persinggahan utk membeli kerepok lekor di suatu tempat..dia muncul di hadapan ku bersama seseorg.aku tergamam..SPEECHLESS!! lantas mood aku utk membeli-belah di situ hilang..hanya beberapa brg sahaja yg kubeli sekadar mengisi perut..aku memandu buMbLe bEe ku sambil memikirkan perkara itu..

aku igt lagi...dulu sewaktu kami selalu luangkan masa bersama..dia antara sahabat yang aktif mengingatkan sahabat lain ttg bahayanya perkara itu..saat itu, aku kagum dgn setiap katanya...krn nya aku juga cuba mengubah diri ku...alhamdulillah..aku kini bukan aku yg dulu..
aku juga mengerti, kasih sayang manusia sgt nikmat..sgt bahagia..sgt gembira..tp jgn kerana cinta manusia kita mengenepikan larangan DIA terhadap kita..jgn kerana cinta manusia kita membutakan mata kita akan dosa pahala yang kita sudah tahu akibatnya..

aku nekad..walau ape terjadi..aku perlu jlnkan tanggungjawab ku..bukan kerana apa..kerana aku masih menyayangi dia sebagai sahabat ku..ku harap message itu mampu menggerakkan hatinya walaupun sedikit...

lantas, aku menekan butang send..dengan harapan dia kembali seperti dulu..

p/s : sahabat, jika kamu membaca entry sy ini..ketahuilah..sy betul2 mahu kamu kembali menjadi kamu yang dahulu..sy tahu kalau itu dikatakan 'HIPOKRIT' biarlah kita 'HIPOKRIT' di mata manusia..jgn kita HIPOKRIT di mata Allah..walaupun kamu tidak suka sesuatu perkara..tetapi percayalah itu pasti akan ada hikmahnya..

Friday, July 18, 2008

[Islam dan demokrasi...1]

DEMOKRASI, MULTI PARTI, PERANAN WANITA & KEDUDUKAN NON-MUSLIM
Dr Yusuf Qardhawi
Fiqah Daulah Dalam Perspektif Al Quraan dan Sunnah


Islam dan Demokrasi


Ada sebuah pertanyaan yang disampaikan seseorang dari Algeria kepada kami:

Saya tidak boleh menyembunyikan keterkejutan dan kehairanan tatkala mendengar sebahagian orang yang dikenali sangat bersemangat, yang sebahagian di antara mereka juga menisbatkan diri kepada beberapa jemaah Islam, bahawa demokrasi tidak diakui Islam.

Bahkan sebahagian ulama ada yang berpendapat bahawa demokrasi adalah kekufuran. Alasannya, kerana demokrasi bererti pemberian wewenang kepada rakyat untuk menetapkan hukum. Padahal rakyat dalam Islam bukan yang menetapkan hukum, tetapi Allah-lah yang menentukan hukum sebagaimana firman-Nya:

"Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah" (Al-An'am: 57).

Hal ini seperti yang dikatakan golongan Khawarij yang terdahulu, yang kemudian dibantah Ali bin Abu Talib dengan berkata,

"Kata-kata yang benar namun dimaksudkan batil."

Sementara sudah berkembang pendapat di kalangan penganut faham liberal dan para penyeru kebebasan, bahawa Islam merupakan musuh demokrasi, pembela kediktatoran dan otoriter.

Benarkah Islam merupakan musuh demokrasi? Benarkah demokrasi merupakan bahagian dari kekufuran atau kemungkaran seperti anggapan sebahagian orang yang berpendapat seperti itu? Ataukah yang seperti ini hanya sekadar pendapat yang diatasnamakan Islam, padahal Islam terlepas dari pendapat itu?

Masalah ini perlu dijelaskan secara tepat oleh para ulama yang moderat, tidak cenderung untuk meremehkan dan juga tidak terlebih-lebihan, agar masalahnya boleh diletakkan secara sebenar, agar Islam tidak memikul kesalahan pentafsiran yang tidak benar, sekalipun keluar dari kalangan ulama.

Sebab bagaimana pun juga, mereka boleh salah dan boleh benar. Kami memohon kepada Allah agar Anda berkenan menampakkan kebenaran berdasarkan dalil-dalil syariat, menjelaskan mana yang benar mengenai masalah ini, membuang subahat dan menegakkan hujah.


Inilah jawapan kami:

Memang sangat disayangkan kerana masalah ini dicampur aduk sedemikian rupa, yang haq dan yang batil dicampurkan oleh orang-orang Muslim secara umum dan orang-orang yang berbicara atas nama agama secara khusus, sehingga kemudian muncul pertanyaan-pertanyaan seperti yang Anda sampaikan di atas.

Tidak hairan jika kemudian tuduhan kufur atau fasik begitu mudah dilemparkan kepada seseorang. Seakan-akan dalam pandangan syariat tuduhan ini tidak dianggap dosa besar, yang justeru tuduhan ini lebih layak dialamatkan kepada orang yang melemparkan tuduhan kepada orang lain, seperti yang disebutkan di dalam hadis sahih.

Pertanyaan-pertanyaan yang diajukan ini bukan sesuatu yang aneh bagi kami. Sebab pertanyaan-pertanyaan serupa tidak hanya diajukan sekali dua kali tatkala kami sedang berada di Algeria, juga dengan pengungkapan yang begitu jelas: Apakah demokrasi merupakan kekufuran?

Selepas menyampaikan ceramah pada beberapa pekan yang lalu di Lebanon, tepatnya di kota Shaida, ada beberapa pertanyaan yang diajukan kepada kami, di antaranya tentang bergabungnya Parti Refah Islam di Turki dengan hukum sekular demokrasi.

Kami sampaikan jawapan kepada penanya, bahawa hukum di sini mesti diasaskan kepada fiqah muwazanah (perimbangan).

Jika dilihat ada kemaslahatan bagi Islam dan kaum Muslimin boleh terwujud, maka penggabungan tersebut diperbolehkan.

Penanya ini berkata lagi,

"Bagaimana mungkin bergabung dengan hukum seseorang yang berfaham demokrasi dan ideologinya disebut kufur? Tolong huraian masalah ini!"

Hukum tentang Sesuatu Merupakan Cabang dari Konsepsinya

Yang sangat menghairankan, ada sebahagian orang yang menghukumi demokrasi sebagai kekufuran yang jelas dan pasti. Padahal dia belum tahu secara tepat apa itu demokrasi, belum menyusup ke inti pengertiannya dan substansinya, tanpa tertipu oleh gambaran dan intisarinya.

Kaedah yang sudah disepakati para ulama kita terdahulu adalah:

"Hukum tentang sesuatu merupakan cabang dari konsepsinya."

Barangsiapa menetapkan hukum tentang sesuatu padahal dia tidak mengetahuinya secara pasti, maka ketetapan hukumnya ini dianggap cacat, sekalipun mungkin secara kebetulan benar. Sebab tindakan ini seperti lemparan yang tidak diketahui siapa yang melempar. Oleh kerana itu disebutkan dalam sebuah hadis sahih, bahawa hakim yang menetapkan hukum tanpa mengetahui masalahnya, akan berada di neraka, seperti orang yang mengetahui kebenaran namun menetapkan yang lain.

Apakah demokrasi seperti yang digembar-gemburkan semua bangsa di dunia, yang dibela oleh semua golongan yang ada di Barat dan di Timur, yang dicapai pelbagai bangsa setelah berperang mati-matian melawan penguasa diktator, sehingga banyak darah yang tertumpah, beribu-ribu dan bahkan berjuta-juta orang jatuh menjadi korban, seperti yang terjadi di Eropah Timur dan tempat-tempat lainnya, yang dilihat orang-orang Muslim sebagai cara yang paling ampuh untuk melawan dominasi kekuasaan peribadi dan politik seperti yang dialami beberapa negara Arab dan Islam, apakah demokrasi ini termasuk kemungkaran atau kekufuran seperti yang dilontarkan sebahagian orang yang berfikiran dangkal?

Monday, July 14, 2008

tanpa by sixth sense

6ixth Sense - Tanpa

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Chorus :

* Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
hohoo…

(ulang chorus x2)

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

__________________________________________________________________

huhuh...right now ngah giler ngan lagu ni...nape ek??confused gak!

Friday, July 11, 2008

sedang sibuk jari-jari ini menekan keyboard pc tetibe lagu ini singgah di telinga....
seperti mengerti ape yg sedang bermain di hati sepanjang beberapa hari ini..
sayu..
cume berharap DIA masih menyayangiku..
cume berharap DIA tidak memalingkan rahmat dan keredhaanNya dr pandangan mata...
cuma berharap hati ini tidak terfikir utk berpaling daripadaNya..
cuma berharap diri ini sentiasa mendapat hidayahnya...
cuma berharap aku masih di jalanNya...
AMIN ya Rabbal Alamin...

Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada
Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia

Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung
Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkamu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantas ku jatuh dan tersungkur

TanpaMu kasih (Oh Kekasih)
Ku tak berdaya (Ku terpedaya)
Hilang punca dan arah (Pada helah dusta dunia)
Hanyut alpa di arus bergelora

Kasih (Oh Kekasih)
Daku derita (Tangisku hiba)
Lemah dalam sengsara (Dan mengalir oh air mata)
Jiwa dan tubuh kepedihan
Terseksa, terhukum
Menanggung kifarah dariMu

Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan

Tuhan, ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasihMu

Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu
Ampuni dosa-dosaku
Rahmat dariMu ku dambakan
KeampunanMu ku pohonkan

Senilagu : Akmal Mirwana Senikata : Akmal Mirwana Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.

Thursday, July 10, 2008

kita adalah cermin??

Kita Adalah Cermin
www.iLuvislam.com
*oleh: Azree Hanifiah


“Perempuan Islam kena pakai tudung kan?” Tanya beberapa peserta perempuan India di Kem Seri Perkasa. Pada malam itu saya sedang duduk berbual-bual bersama beberapa orang rakan di dewan makan.

Kami didatangi sekumpulan peserta PLKN India perempuan yang seakan mahu bertanya banyak hal. Dan itu antara soalannya.

“A’ah. Kalau dalam Islam ia dimasukkan dalam kategori wajib yang maksudnya mesti atau tidak boleh tidak buat perkara tersebut. Jadi, semua orang perempuan memang kena pakai tudung tu,” Jawab Zulhaizar kepadanya. Saya sekadar menganggukkan kepala sahaja mengiyakan jawapannya.

“Kalau macam tu kenapa ada peserta perempuan kat bilik kami tak pakai tudung pun bila keluar?” Soalnya pula. Soalannya kali ini sedikit mengejutkan saya. Tidak tahu hendak dijawab bagaimana. Seakan tempelaknya terkena ke muka saya juga.

“Manusia ni walaupun berbeza agama tetapi perangainya tetap sama. Ada yang hendak ikut undang-undang dan ada yang langgar. Samalah macam pelajar sekolah, ada pelajar yang ikut peraturan dan ada pelajar yang tak ikut,” Dan saya harap jawapan ini dapat menjawab soalannya tadi.

Cuma apa yang ingin diutarakan di sini, bukan isu bagaimana hendak menjawab soalan tersebut. Tetapi isunya adalah jika seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, yang rosak bukan sekadar namanya tetapi juga organisasi yang dimasukinya. Mugkin ada sedikit terpantul kepada organisasinya itu.

Begitulah juga dengan agama yang anda pegang hari ini. Setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai jenis manusia. Tidak kiralah orang itu agama apa. Tetapi mereka juga memerhati tingkah laku kita.

Dan mungkin jika kita berkelakuan tidak elok, ada jenis yang sekadar mempersoalkannya di dalam hati, tetapi bila sampai ada orang yang mahu mengajaknya masuk ke dalam Islam, jangan hairan jika perkara tersebut yang akan menjadi persoalannya nanti.

Dan andai orang yang melihat jika kita berkelakuan tidak sedap dipandang itu adalah orang Islam sendiri tetapi ragu-ragu dengan keislamannya, mungkin hal ini menjadi lebih parah lagi.

Kita Adalah Cermin

Ada satu lagi kisah yang saya alami semasa mengikuti Program Latihan Khidmat Negara dulu. Ada seorang sahabat baik saya seorang lelaki cina, Ng Teng Hong.

“Azree, kamu orang Islam kena sembahyang hari-hari kan?” Saya menganggukan kepala dan kemudian dia menyambung, “Tapi kenapa tak nampak diorang sembahyang pun.”

Itu pandangan seorang beragama Budha terhadap kami peserta Muslim. Kemudian masih dalam perkara yang sama tetapi saya berhadapan dengan peserta lelaki yang beragama Islam pula bila diajak sembahyang sama-sama.

“Kau nak ajak aku buat apa. Tu budak sekolah agama tu, tak sembahyang pun,” Katanya sambil menunjukkan ke arah seorang rakan sebilik. Terasa dengan kata-kata rakan itu, barulah dia sembahyang juga. Tapi, tidak pasal-pasal nama ‘sekolah agama’ juga yang keluar.

Teringat kata Nabi Muhammad, “Seorang yang beriman itu adalah cermin kepada saudaranya.”

Kata-kata yang ringkas tetapi memberi makna mendalam. Nabi Muhammad hanya mengibaratkan seorang muslim kepada muslim yang lain dengan objek cermin. Mesti ada sebab-sebabnya.

Ciri-ciri cermin

Saya cuba bahagikan kepada dua untuk menerangkan ciri-ciri cermin ini. Pertama, bagaimana kita cirinya yang perlu kita ambil. Kedua, ciri-ciri cermin yang perlu kita berhati-hati.

Kenapa kita pula yang kena berhati-hati? Kerana Nabi Muhammad telah mengibaratkan kita sebagai cermin. Cuma kita kurang berhati-hati dengan sifat kita yang seperti cermin.

Ciri paling umum sesuatu cermin adalah pantulan(reflection). Apabila kita berdiri di depan cermin, akan wujud imej kita di cermin tersebut. Itulah yang dipanggil sebagai pantulan. Sifat pantulan inilah yang perlu ada bagi setiap orang muslim, tidak kira jurujual, doktor, peguam dan lain-lain lagi.

Dan kita perhatikan pula bagaimana cermin bertugas dalam memberi pantulan(reflection) yang perlu kita tiru:

1. Senyap - Cermin memberi reflection tanpa berkata apa-apa. Begitulah juga kita, untuk menegur, perlulah menegur secara hikmah, baik bukannya dengan cara memaki hamun, mengata, mengumpat dan sebagainya.

2. Sepanjang masa – Cermin memberi reflection sepanjang masa, tidak kiralah bila-bila masa kita ke cermin tersebut, pasti cermin tersebut akan menjalankan tugasnya. Dari pagi sampailah ke pagi esoknya. 24 jam. Begitulah juga dengan kita, perlu memberi imej diri yang baik 24 jam. Dari bangun tidur hinggalah tidur semula. Bukan sejam dua sehari.

3. Tidak lupa tugas - Jika kita memecahkan cermin, kita masih boleh nampak diri kita pada serpihan-serpihan cermin itu kerana perlu diingat reflection cermin sepanjang masa. Signifikannya biar dimaki hamun, dizalimi, atau dalam keadaan susah kita tetap perlu menunjukkan imej muslim yang baik.

4. Tidak mengungkit - Keburukan yang terserlah hanya diberitahu semasa kita berhadapan dengan cermin. Cermin tidak akan menyimpan imej-imej buruk tersebut selepas kita beredar dari cermin tersebut. Begitulah juga dengan kita, setelah memberi teguran kepada saudara kita, haruslah kita cuba melupakan keburukan mereka.


Kemudian kita lihat pula apa ciri-ciri cermin yang perlu kita berhati-hati:

1. Tidak memilih imej - Cermin tidak memilih imej untuk dipantulkan. Kalau imej luar seseorang itu buruk, maka buruklah juga imej dalam cermin tersebut. Jadi, perlu kita hati-hati setiap masa kerana diri kita sentiasa memberi pantulan imej muslim kepada orang ramai.

2. Boleh berhabuk dan berdebu - Cermin tidak boleh memberi imej yang sempurna dalam keadaannya berhabuk dan berdebu. Jadi, walaupun imej kita baik tetapi badannya penuh debu atau kotor, ia tidaklah dapat memberi imej yang baik sepenuhnya.

Anda ada idea lagi tentang ciri-ciri cermin? Boleh kongsikannya dengan saya.



Sumber: Isi-isi tentang cermin ini diambil dari khutbah jumaat pada 16 November, Riley Smith Hall, University Student Union, University of Leeds.
________________________________________________________________________

baru-baru ini sy menerima teguran dari seorg sahabat~

sesungguhnya dia menyedarkan sy ttg perkara yg terjadi di sekeliling sy..dia membuatkan sy menimbang semula akan sesuatu perkara..kenapa?membaca artikel di atas merupakan salah satu dr kesan perbuatan saya...adakah sy perlu mengambil tindakan drastik supaya perkara di atas tidak terjad?? CONFUSED!!

saya menyedari setiap perbuatan sy akan memberi refleks kpd sesuatu perkara...tetapi sy hairan kenapa sy masih tidak serik melakukan perkara itu lag?adakah krn sifat PENTINGKAN DIRI merupakan keutamaan dlm diri saya? sekali lagi saya CONFUSED!!

p/s : semuga segala yang sy kerjakan di kira sbg satu amalan di sisi Allah walaupun ia tidaklah seberapa...


Wednesday, July 9, 2008

hurm~

hurm~

senangnya air mata ini mengalir kebelakangan ini..aku pun xtahu mengapa..harap ia pergi dgn cepat! semuga Allah mengurniakan aku ketabahan menghadapi hari-hari mendatang...AMIN!

wasalam...