buMble bEE meluncur laju dr ampang ke kediaman rumah ku di seri kembangan. pemikiran ku melayang-layang ketika aku sedang asyik memandu buMbLe bEe ku...mengenangkan kisah semlm yg sgt merungsingkan. aku x pasti..ape yg harus aku buat..melainkan hanya melihat dan berdiam diri..bg ku itu cara terbaik. kdg2 aku bertanya sendirian..kenapa harus ku lalui perkara ini..tetapi hati ini cepat2 beristighfar dan sedar..betapa aku tidak mensyukuri atas segala yg telah Dia berikan kpd ku. Ujian yg Dia timpakan kpd ku ini..tidak seberapa jika nk di bandingkan nikmat yg Dia tlh berikan kpd ku... kdg2 hendak sj aku menjerit mengucapkan syukur di atas segala pemberian-Mu yg tidak terkata ini...syukran jazilan ya Rahman!!
semalam..ku lihat 'dia' menangis lag....aku dapat mengagak something mengganggu nya lately..aku cube beranikan diri bertanya apa yg terjadi..dia jwb dgn nada bersahaja.."tade pape..pening je" aku tahu..ape yg di lalui nye lebih drpd itu..dia suke memendam mslhnya..walau seberat mana pun mslh yg dia hadapi..dia x pernah menceritakan kpd kami..dia menanggung segala nya seorg diri..dlm diam aku mengagumi ketabahannya menghadapi sume ni..dan paling aku kagumi..walaupun kehidupannya sdg berhadapan dgn masalah yg serius, dia x pernah putus asa berjuang di medan dakwah. walaupun ramai yg melihat dia sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa..tetapi tiada sesiapa yg tahu ape yg tersirat dlm hati nya. aku melihat dia dgn wajah yg sayu..lalu aku menghampirinya..ku peluk dia. di saat itu..aku dpt rskan betapa dia tersiksa menanggung semua ini seorg diri.
sekali lagi dia berkata, "tade ape..ok je". aku sayu sekali lag.
kami berbual dgn dia..dgn harapan dia kembali ceria semula. sng shj sbenarnya tugas itu. tetapi..utk mengubati hatinya yg luka ternyata mustahil. dia berbual spt biasa dgn kami...bertanya aktiviti seharian ku di universiti. yg lain juga begitu. mungkin krn dia sibuk menguruskan perniagaan dan juga dakwahnya di jalan Allah..dia jarang dpt meluangkan masa dgn kami seperti ini.tp Alhamdulillah..aku dan yg lain faham akan tugas dan matlamatnya.
pg tadi..dia menjalankan tugas nya spt biasa mengejutkan kami bgn tidur..aku perlu bersiap lebih awal utk pulang ke seri kembangan pg itu juga. selesai aku bersiap..aku masuk kebiliknya ingin bersalaman.aku lihat dia masih lag berselimut.pelik.aku pgg tangannya. panas. demamkah?lantas ku bertanya."da mkn panadol?panadol ade x?" dia x mampu menjwb.lantas ku hidupkan enjin buMbLe bEe ku..aku menghala ke arah mana-mana kedai yg sudah pun di buka. alhamdulillah..akhirnya ku temui sebuah kedai yg telah di buka.al maklumla..di kawasan kampung seperti ini..susah utk mencr kedai yg sudah di buka di awal pagi begini. aku membeli 4 biji panadol. cpt2 ku pulang ke rumah. aku cube menyelesaikan semua tugas rutinnya di awal pagi. aku menyiapkan sarapan pagi, sapu rumah, basuh baju dan juga menyiapkan yang lain.
slps selesai semuanya, aku berpesan kpd yg lain supaya jgn lupa memberi dia mkn ubat slps dia bersarapan, jgn lupa letakkan kain basah di atas kepalanya. sekali lag..aku berjumpa dgn nya..bersalam dan mencium tgn nya.dia tersenyum tawar. aku berpesan kpd nya, "jaga diri baik-baik" setelah selesai semuanya, aku menghidupkan kembali enjin buMbLe bEe ku..dan berakhir lah tugas ku di situ untuk hari itu.
berat hati ini ingin meninggalkan dia keseorangan menghadapi semua ini. tp aku terpaksa pergi menjalankan tugas ku sbg seorg pelajar di universiti. aku berdoa..dia sentiasa tabah menghadapi segala dugaan yg dtg.dia insan ku sayangi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
sabar laa yer ain... la tahzan...insya Allah ada hikmah disebalik perkara ni... tabah kan diri k... :D
Kehidupan
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
..sape dia tu??...(^^)...
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
~Surah Al-Imran ayat 200~
penyejuk mata~thanx for kata-kata yg membakar semngt itu....insyaAllah cube juga utk berdiri walaupun payah..:)
an-nizamudin~kamu ini..cbuk saja mahu tahu..kan sudah ku bilang di tajuk nya itu..haih~
Post a Comment