Friday, November 28, 2008

ketabahan seorang UMMI~

malam itu hujan renyai-renyai membasahi bumi seri kembangan mahupun kawasan sekitarnya termasuk putrajaya dan cyberjaya...aku tidak tahu kenapa malam itu seakan-akan bakal mengundang sesuatu perkara..air mata ku juga begitu senang mengalir..aku termanggu..dlm pemikiran ku cukup serabut..bermacam-macam perkara tenggelam timbul bersama bunyi hujan yang hampir-hampir menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti tetapi tidak..aku cuba menghubungi sahabatku, sekadar cuba mencari jalan menenangkan perasaan ku..panggilan itu tidak berangkat..tidak tahu mengapa lama benar aku tidak bercakap dgn nya..mungkin juga dia busy..sekali lag air mata ku mengalir..tidak tahu apa yg harus ku buat walaupun ku tahu bertimbun-timbun assignment yg menanti utk di uruskan.

tiba-tiba~

kring...kring..deringan nada bunyi lelaki idaman nyanyian melly Goeslaw mengejutkan aku..kuperhatikan pada skrin..jelas tertera perkataan 'MAMALUFF calling'..ummi call?kenapa? lantas aku mengesat air mata ku dan cuba mengawal kembali nada suaraku..

aku : hallo...assalamualaikum ummi..
ummi : waalaikumussalam...akak ade klas x skang ni? abg mana?abg ada klas??free x skang ni??

bertalu-talu soalan itu keluar dr mulut ummi..aku mula merasakan sesuatu yg buruk terjadi..suara ummi jelas bergetar membuatkan aku makin berdebar..lalu aku menjawab dgn nada selamba~

aku : xde pape ummi..ngah relaks2 je..abg je ngah buat assignment dia..esok ada submission..kenapa ummi?
ummi : tolong ummi...angah accident..kat putrajaya..dia skang kat hospital serdang..ummi kat shah alam..lmbt lag nak sampai..pergi tgk angah kat hospital serdang boleh??

aku tersentak..ternyata apa yg aku bimbangkan terjadi juga...arh..lantas aku bertukar pakaian dan memandu bumble menuju ke hospital serdang dgn kadar segera...bermacam-macam perkara bermain di fikiran ku~bimbang sekali utk berdepan perkara yg di luar jangkaanku..aku cuba berzikir dan berdoa supaya angah tidak apa-apa. Hudzaifah di sebelahku juga begitu..x berani bersuara dan memikirkan apa yg bakal kami lalui kelak.

sampai shj di hospital serdang..aku dan hudzaifah terus meluru ke wad kecemasan..semakin dekat langkah kami ke situ..semakin aku tidak dpt mengawal perasaan..aku kuatkan juga semangatku bg persediaan menghadapi apa shj yg bermain di fikiran..wajah angah silih berganti..senyuman dan gurauan nya bagai mengganggu perjalanan ku menuju ke wad kecemasan. aku terus meluru ke kaunter pendaftaran bg bertanya kan dia..tp jwpn hampa yang aku perolehi~aku tidak dibenarkan berjumpa dgnnya walaupun aku merupakan ahli keluarga terdekatnya...lantas aku menunggu di suatu penjuru..cuba menenangkan perasaan ku yg tidak keruan. aku cuba menghubungi ummi..aku tahu..jika aku berperasaan begitu..apatah lagi ummi yg melahirkan dan membesarkan angah dari kecil..sikap angah yg degil menyebabkan ummi lebih byk memberi perhatian kpdnya..memang dari kecil..ummi selalu turutkan apa sahaja kemahuan angah. sikap angah yang kadang-kadang membelakangi ibubapa..membuatkan ummi lebih menyayanginya dan menuruti apa sahaja yang angah hendaki..

lamunan aku dikejutkan dengan kehadiran ummi di hadapanku..aku dpt melihat dgn jelas kebimbangan yg terpampar di wajah ummi..lantas ummi bertanya dgn ku bagaimana keadaan angah..aku menjelaskan kpdnya bahawa kami tidak dibenarkan masuk kedalam..ummi terus menelefon seseorg. tiba-tiba timbul seorg perempuan muda..mungkin hanya beberapa tahun lebih tua dariku..lantas perempuan itu memperkenalkan dirinya dan membawa kami berjumpa dgn 'mereka' yang bersama angah ketika kejadian. di salah satu ruangan bilik kecemasan..aku lihat salah seorg dr 'mereka' duduk di atas katil dan yg lainnya kulihat hanya cedera ringan. ummi lantas masuk ke dalam bilik itu dan meluru ke arah 'mereka'. ku sangkakan ummi mahu menyerang mereka krn mengakibatkan angah kemalangan. tetapi jangkaan aku meleset. lantas ummi bertanyakan dengan lembut..."macam mana boleh jadi mcm ni?..kan kak wan da pesan...dah larang..jangan keluar malam...nak buat apa pergi jauh-jauh sampai putrajaya..tengah-tengah hujan ni...semua perempuan pulak tu..kenapa xnak dengar kata2 org tua?"

semua tertunduk...masing2 x berani mengeluarkan kata2..ketika itu hanya air mata shj yg memberi jawapan kpd pertanyaan ummi..ku lihat wajah ummi sambil memegang bahunya..ku lihat ummi sedikit pun tidak mengalirkan air mata..aku tahu..walaupun air mata ummi tidak mengalir..tetapi dalam hatinya..hanya ALLAH shj yg tahu betapa siksanya ummi mengetahui tentang perkara yang terjadi ini..yg jauh sekali di luar jangkaanya.. ummi menyambung kembali "aimi mana?macam mana dgn dia?" saat itu br ummi bertanyakan angah setelah sedar yang angah tidak ada bersama 'mereka'. 'mereka' lantas menjawab,"xtahulah kak wan...aimi ada dlm wad kecemasan lag..tadi aimi tercampak keluar kereta..dari tad dia ada kat dlm.."

ummi menggemgam erat tanganku~saat itu ummi seperti mengalirkan kebimbangannya kepada ku..aku dan ummi berpandangan..aku seperti memahami apa yg bermain dlm pemikiran nya..ku pandang wajah sayu ummi..tiba-tiba perempuan yang membawa ummi kpd 'mereka' tadi bersuara.."ummi, saya rasa..ummi masuk je ke dlm tgk anak ummi..usah hiraukan apa yg nurse tu ckp..masuk je..saya tadi pun pkai masuk je..." aku dan ummi mengikut perempuan itu kedalam wad kecemasan..mencari2 kelibat angah..di sepanjang perjalanan ke wad itu..aku mengemgam tangan ummi.sejuk.tangan ummi menggeletar..aku dpt mendengar..selawat dan zikir tidak lekang dari mulut ummi.aku memeluk bahu ummi..sekadar mahu menenangkan perasaannya..

tiba-tiba~

ummi berhenti..."angah....angah..." aku lihat satu tubuh di atas sebuah katil di suatu penjuru...angah menyedari kehadiran kami.."ummi....ummi..maafkan angah ummi..." itu sahaja yang lahir dr mulut angah..aku, angah dan juga perempuan tad menangis..tetapi tidak ummi..melihatkan keadaan angah yang tidak mampu bgn hatta mengerakkan anggota tubuh badannya melainkan hanya sebelah tangan shj..membuatkan aku bertambah sayu....muka angah bercalar-balar dek kerana akibat accident itu..telinga angah koyak dek kerana tercampak keluar kereta dan tersembam...aku yg berada di belakng ummi..menyedari yg tubuh ummi semakin lemah..ummi seperti tidak mampu berdiri lagi melihat keadaan angah begitu..aku segera menghulurkan ummi kerusi..ummi duduk menenangkan diri..sambil itu aku berbual2 dgn angah...perkataan maaf tidak lekang dari mulut angah atas kesilapannya yg tidak meminta izin dgn ummi sebelum keluar pada malam itu..aku lihat ummi hanya diam..seperti mencari-cari ketenangan dalam kekusutan mindanya..sekali lagi aku menggemgam tangan ummi..ku cuba kuatkan hati juga supaya air mata ini tidak mengalir lagi..aku cuba menenangkan ummi dgn mengatakan angah xde apa2..mungkin hanya patah tangan atau kaki shj..aku cuba juga melirik senyuman utk ummi supaya ummi terasa lebih lega..angah juga cuba tersenyum menyembunyikan kesakitan yg di alami di depan ummi..

kerana tidak boleh lama..aku dan ummi terpaksa keluar dr wad kecemasan..dan menunggu di luar wad.sebelum keluar..aku sempat menemani ummi ke bilik air kerana ummi termuntah. aku tahu..ummi sebenarnya tidak tahan melihat anaknya tersiksa di dlm wad kecemasan..

itulah ketabahan ummi menghadapi apa sahaja cabaran dan ujian yg Allah berikan kepadanya..sungguh aku kagum dengan semangat yg ada padanya...ku doakan ummi sentiasa kuat menghadapi ujian drpd-Nya..ku doakan juga supaya aku juga diberikan kekuatan itu utk menghadapi hari-hari ku kelak~

..::Terima Kasih Ummi ::..

p/s : ya Allah...Engkau sembuhkan lah adikku..berikanlah dia kekuatan untuk mengahadapi hari-harinya kelak~
angah sedang di rawat di hospital Ampang Puteri di tingkat 5, bilik 543..sesiapa yg ingin melawat msg sy dulu k!

Monday, November 17, 2008

Bengkel : ya, saya seorang muslim

kenali agama anda dan kenapa anda mesti menjadi muslim!!
let's grab the chance!!
p/s : teringat zaman berulang-alik ke gombak semata-mata utk menyertai prog ini..pengalaman yg sgt manis!!

Wednesday, November 12, 2008

Bala dan sikap orang mukmin

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mon | Nov 10, 08 | 10:53:26 am MYT

Allah ini suka menguji. Orang miskin pun Dia datangkan bala. Orang kaya pun Dia datangkan bala. Negeri dan negara pun sama. Orang baik pun kena. Orang jahat pun kena.

Sebelum kita membicarakan persoalan bala dan ujian dengan lebih lanjut, mari kita sama-sama teliti terlebih dahulu pengertian Ayat Allah SWT seperti di bawah:

"Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." - (Surah Al-Anbiya: 35)

Ertinya di sini, apa saja yang buruk atau baik adalah bala dan ujian yang datang ditentukan oleh Allah SWT.

Malang sedikit, dalam kamus kehidupan orang Melayu, bala cuma dirujuk kepada kesusahan. Sebut saja bala, ia hanya dikaitkan dengan malapetaka dan musibah. Mari kita lihat apa yang disebut di dalam buku-buku kamus Melayu.

Bala bermakna kejadian buruk yang menimpa diri seseorang (seperti kemalangan dan sebagainya) atau sesuatu tempat (seperti gempa bumi, banjir besar, kemarau dan sebagainya), bencana, malapetaka. � di petik dari Kamus Dewan Edisi Keempat muka surat 113.

Dari segi Islam, bala ini bererti ujian, bukan kemusnahan. Ia satu tajuk besar. Dalam rezeki yang semakin bertambah dan pangkat yang semakin naik pun ada bala dan ujian.

Dalam kaya, miskin, sakit, sembuh, berjaya atau gagal dalam peperiksaan - semuanya adalah ujian. Ia bertujuan untuk menguji keimanan dan kesabaran seseorang. Tahap ilmu dan istiqamah seseorang itu boleh diukur melalui pelbagai sikapnya ketika diuji oleh bala Allah SWT.

Bagi orang kaya, bala kekayaan itu disusuli dengan membayar hutang atau mengeluarkan zakat ataupun tidak. Bagi orang miskin, bala kemiskinan itu akan menyebabkan dia mencuri atau merompak ataupun tidak?

Untuk memperkayakan dimensi kefahaman kita mengenai bala, mari kita renung erti bala atau lebih tepat, ujian seperti yang dipandu oleh Al-Quran dalam ayat-ayat yang lain:

i) Orang kaya diturunkan bala (diuji) dengan orang miskin:

"Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang yang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang kaya itu) berkata: "Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah oleh Allah kepada mereka?" (Allah berfirman): "Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepadaNya)?" - (Surah Al An'am: 53)

ii) Bala (diuji) bagi orang yang ingin masuk Syurga:

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?' Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." - (Surah Al Baqarah: 214)

iii) Kaya dan miskin sebagai bala yakni ujian:

"Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: 'Tuhanku telah memuliakanku.' Adapun bila Tuhannya mengujinya dengan cara membatasi rezekinya maka dia berkata: 'Tuhanku menghinakanku.' Sesekali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim. (ertinya kalah dalam ujian)." - (Surah Al Fajr: 15�17)

Dari beberapa petikan Ayat Al-Quran seperti di atas, Insya Allah, kita akan menjadi semakin jelas hakikat bala yang sebenarnya. Ia lebih bersifat ujian.

Bagi si kaya, bagaimana dia boleh menangani bala apabila rezeki perniagaannya semakin melimpah. Benar-benar sedarkah dia bahawa dia sedang diuji oleh Allah SWT. Bagi si miskin, bagaimana dia dapat sabar menangani bala apabila dia diuji dengan keadaan hidup semakin sempit. Atau bagaimana pula keadaannya apabila si kaya tadi ditimpa bala (yakni ujian sebenarnya) apabila dengan tiba-tiba misalnya perniagaannya tiba-tiba jatuh bankrap?

Begitu juga dengan kemelesetan ekonomi dunia yang sedang melanda semua negara kini. Saham jatuh. Inflasi melambung. Nilai mata wang merudum. Dengan tiba-tiba pula pengeluaran makanan berkurangan. Harga bahan api yang tidak menentu. Kepanasan global dan krisis moral yang cukup kritikal. Ini semua bala yang menguji keimanan dan kesabaran.

Inilah yang saya selalu tekankan tentang kepentingan takwa. Ia satu jenis brek yang dapat mewaraskan setiap manusia. Baik dicuba dalam waktu aman atau krisis, orang beriman yang sentiasa dipupuk oleh kesedaran takwa akan sentiasa yakin bahawa dalam keadaan miskin dia tidak akan menipu, mencuri atau merompak.

Atau dalam keadaan yang (katakan) dia menjadi kaya, dia juga akan mengeluarkan zakat, membantu orang miskin, menubuhkan tabung-tabung dan yayasan-yayasan kebajikan segera. Orang yang memiliki takwa tidak akan terganggu dengan bala yang ditakdirkan ke atas diri dan keluarganya.

Bagi sesebuah negara pula, selain dari bersabar dan memahami punca dan fenomena bala, negara itu sendiri perlu menjalani proses muhasabah. Muhasabah boleh jadi wajar dimulakan dengan pertanyaan-pertanyaan ringkas seperti berikut:

i) Tidak ada kena mengenakah negara ini dengan Allah SWT, selaku Tuhan yang menjadikan dan memiliki kerajaan langit dan bumi? Mustahil kita semua ini tidak ada kena-mengena dengan Allah SWT.

ii) Benarkah amalan negara ini yang memisah agama dari pemerintahan? Bila negara membuang agama dari pemerintahan, maka Islam yang telah dibuang itu mahu diganti dengan apa? Dengan isme ciptaan manusia? Dengan nafsu? Dengan agama lain?

iii) Tidakkah segala nikmat di atas langit yang diturunkan, disediakan di atas, di permukaan bumi dan di dalam perut bumi itu adalah dari anugerah Allah SWT?

iv) Tidakkah Dia yang mampu memberi akan juga turut mampu mengehad, menyekat atau merampasnya?

v) Apakah sekadar ikhtiar berupa meminjam duit KWSP untuk disuntik ke dalam pasaran saham dan hal-hal yang seumpamanya sahaja yang perlu dilakukan?

Jika saya menyebut tentang takwa sebagai 'brek' di peringkat individu, maka takwa jugalah jawapannya untuk negara. Di atas nama takwa, negara harus elakkan kerja-kerja membazirkan wang rakyat kerana membazir itu "saudara kepada syaitan".

Hentikan salah guna wang rakyat. Lepaskan tahanan-tahanan yang dizalimi di bawah ISA. Hentikan serta merta amalan rasuah, tumbuk rusuk, dan pemberian tender yang tidak didasarkan kepada merit.

Beri tempat yang sewajarnya kepada hukum dan peraturan Allah SWT. Perbanyakkan majlis-majlis yang menyuburkan maaruf, majlis-majlis ilmu, tazkirah dan tazkiyah. Jangan ditaja kerja-kerja mungkar.

Yakinlah kepada kandungan ayat al-Quran yang bermaksud: "Sebanyak mana benda halal, semuanya akan mendatangkan guna kepada manusia. (Sebaliknya) tiap-tiap benda haram, ia akan memudaratkan manusia".

Inilah saja jalan penyelesaian yang boleh mengeluarkan individu atau negara daripada kegelapan kejahilan. Jika tidak, bala akan hanya menjadi kita semakin hanyut.

Tanpa mengambil iktibar dari panduan ayat-ayat Allah, kita dikhuatiri menjadi kebingungan. Lebih malang apabila kita tidak dapat memanfaatkan ujian dan bala daripada Allah itu secara orang yang berfikir.

Ini mungkin "kerana sesungguhnya, bukanlah mata itu buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada". - (Surah Al-Hajj: 46)

Akhirnya orang yang malang ini akan terperangkap dalam penyakit "penafian" (denial syndrome). Setiap yang dilakukan oleh orang lain akan dipandang sebagai tidak betul. Nau'zubillah minta dijauhkan Allah.- tajdid_


Sunday, November 9, 2008

cuti itu~


bismillahirrahmanirrahim~


hurm..lama da x update blog ni..mungkin krn ketidakstabilan diri menyebabkan saya kurang mengambil perhatian pd blog ini..mungkin juga keserabutan dlm kepala mengakibatkan sy kekurangan idea utk bercerita di sini...haihz~sekali lagi sy tidak istiqamah di dalam perbuatan saya...

hurm..mungkin azam br pd permulaan semester yang br di buka ini memberi lembaran dan semangat baru bg sy...sekali lagi sy menyimpan harapan supaya sy mempunyai kekuatan menstabilkan diri supaya tidak dipengaruhi oleh perkara2 sekeliling...

cuti semester br je lepas...seperti kawan2 lain sy menyimpan hasrat utk berehat sepuas2nya...niat di hati mahu menenangkan pkran kat mana2 tempat menarik di semenanjung Malaysia ini tp lain pula jadinya...

minggu per1 -
  • sibuk menguruskan adik2 yg sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun...kalo x di uruskan mereka..alamatnya x tahu lah ape nak jadi~haizzz!
  • berulang alik menguruskan tadika yg kurang terurus itu~menjadi guru x bertauliah pulak tetibe~heh!
  • menguruskan PC br Encik Hulfa~haiz....inilah satu2 nye lelaki yg x tahu langsung psl computer~ades!
  • bermain perasaan...tetapi kecewa di kemudian hari!huh...tamo ingat da....!
  • menyedia and memeriksa account tuk satu club di Malaysia...huh!account mmg memeningkan!
minggu ke2 -
  • tetibe demam teruk melanda~badan gatal2...tp degil xmo jupe doc..akibatnya demam seminggu...ape boleyh cakap lag..padan muka!=D
  • tengah demam uruskan jugak tadika ummi yg masih kelam kabut itu~tp penat hilang bile tgk muka baby2 n dak2 kecik kat nursery tuh!windunye kat shaghir, husna, adam kecil, adam besar, haris, irfan, alya n ramai lag la..=(! nanti cikgu ain dtg jupe kamu yerp!
  • jadi peneman ummi kemana shj ummi pergi...bak kata pepatah...duduk di bawah ketiak mak sepnjng masa~betul ke pepatah tu??lantak argh!
  • demam semakin teruk!
  • jumaat~ummi masuk hospital sbb demam yg sama tp da terlalu teruk..haizzz! sian ummi...
  • sabtu~saya pulak masuk hospital cuz demam da teruk! siap tumbuh ruam kat seluruh badan...haiz!!takutnye tgk muke sy time tu..mcm gorrillazzz!
minggu ke3 -
  • hari-hari di habiskan di hospital...mcm biasa rutinnya..bgn pagi sarapan, makan ubat, tito, amik darah and temperature, tito..seb baik nurse2 sgt la baik n chumel...including doctor sakinah yg friendly and cun melecun~doctor sakinah kata saya demam virus!haiz..nape tyme ni plak virus tu berminat dgn sy!
  • pulang dr hospital hari rabu~paksa doctor sakinah tuk melepaskan sy kuar hospital..kalo ikut doc smpi ari ni pun kne duk hospital~haiz!!!burink2..
  • balik dr hospital trus siapkan keje2 yg da bertangguh...alamak aizz!manyak nye keje..sian bumble tade time rest bile tuan die kuar hospital~kesian2...bumble x sempat mandi pun that week..
  • hantar dewi and hitam p hospital~cuz derang plak sakit..sian derang..lama tangguh tuk bwk derang g jupe doc..sory yerp dewi! sory yerp hitam!
  • cat rumah yg x sempat siap tyme cuti yg lepas!haiz..after 1 sem br nk sambung..itupun x sempat siap...alamatnya nk cat umah tu amik masa 1 year...itula jadinya kalo nk jimat uang!hahaha=D
  • pi mengangkat barang encik munzir tersayang di asrama yg terletak nun jauh di saaannnaa!
  • pi berkebun and menangkap ikan keli!besh!
itula perkara2 yg sy buat sepanjang cuti tu..bile di baca semula..tade la manyak sgt mende sy buat..tp sibuk mengalahkan Perdana Menteri~itu baru menguruskan soal peribadi..camne la bile sy ingin menguruskan soal luaran pulak~haiz...penin2...

minta maaf kpd sume sahabat2 sy krn tyme cuti ari tu sy x dpt mereply msg, pick up phone and contact sume sahabat2..maaf sekali lagi..sy akui itu kesilapan sy dan kegagalan sy menghandle diri..jangan marah2 ye~

p/s : penat bermain perasaan...ya Allah...buanglah ia dari diri ini kerana ia hanya menjadi parasit dlm perjuangan menegakkan agama-Mu..AMIN!!