Wednesday, May 14, 2008

something about palestine



huhuhu..kesibukan membuat persediaan utk peperiksaan yang sedang berlangsung membuat sy berhenti mengupdate kan diri sy akan peristiwa2 yg sdg berlaku di sekeliling...hari ini..tergerak utk sy mengexplore perkara baru di dunia tanpa sempadan ini..terkejut sy setelah membaca beberapa entry bloggers yg sy kenali ttg palestine day pada 15 may ini..sekali lag sy 'surprise' bila melihat sudah 60 tahun pelstine sengsara...terdetik rs kesal keseronokan yg sy alami kini hanya di alami sendirian tanpa mengambil kira sahabat2 seislam lain yg sdg merana dan hampir setiap hari berjuang semata-mata mahu menegakkan agama Islam...bersyukur juga ke hadrat ilahi apabila sy di beri nikmat yg tidak terhingga hidup di bumi Malaysia ini yg masih aman dan sentosa ini..tetapi, kesal amat menyelubungi diri bilamana sy hanya mampu berdoa utk mereka tanpa mampu berbuat apa2..


melihatkan raut wajah kanak-kanak kecil ini yang sudah jinak dgn bunyi bom diwaktu lena tidurnya, di waktu menikmati hidangan mkn mlm nya membuatkan hati ini terlalu sayu...hanya doa sy yang mampu mengiringi setiap perjuangan mereka menegakkan Islam di bumi Palestine..InsyaAllah...

Dear all,

May 15th of this year is the 60th anniversary of the Palestinian Nakba –which marked the beginning of the modern age Palestinian plight and suffering. This date is remembered annually on local, regional, and global levels.

I am certain that many in the blogosphere will dedicate some posts to commemorate this tragic event. However, inspired by the success of the “Blog About Jordan Day” initiative, i would like to start a formal initiative to encourage everybody to dedicate one post on Thursday, May 15th, to talk about Palestine or the Palestinian Experience.

There are no restrictions on what you can write, or the language that you can use. Really, anything that talks about Palestine, or the Palestinians; in the past, present, or future; political, social, economical, or any other aspect is welcomed. The goal of this event will be to share thoughts, and raise awareness about the Palestinian situation. Hopefully, with everyone’s support, this will be such a spectacular event that it will catch the eye of the mainstream media (specially that the Palestinian situation is inadequately and incorrectly represented in most of the western media outlets).

Blog About Palestine Day

Sunday, May 11, 2008

Jangan bersedih wahai sahabatku...

Jangan Bersedih Wahai Sahabatku
www.iLuvislam.com
dihantar oleh: khalifah89


“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..”
(Surah At-taubah, ayat 40)


Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghidari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi syaitan. Oleh itu, syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih utk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.


Dapatkan lebih banyak gambar menarik di sini.


Bukan dicari-cari


Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa seperti berikut : “Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”; maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”

Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yg membolehkan mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan hati dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan sifat pesimis dan penyesalan. Namun begitu, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ia pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh itu, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata ; “..alhamdulillahhillazi azhab annal hazan..” ( Surah Fathir, ayat 34 ) “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami..” Ini menunjukkan bahawa mereka semua pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dulu.

Kesedihan Mendatangkan Pahala

Berbagai musibah lain juga turut menimpa mereka tanpa ada pilihan bagi mereka untuk menlak atau menerimanya. Apabila kesedihan itu datang, tidak ada kemampuan bagi jiwa untuk menghindarnya, maka kesedihan itu justeru akan mendatangkan pahala. Ini kerana kesedihan merupakan sebahagian daripada musibah atau cubaan. Oleh itu, ketika seorang hamba ditimpa kesedihan hendaklah ia sentiasa cuba melawannnya dengan doa dan cara-cara lain yang dapat mengusir kesedihan tersebut.

sumber : buku 'jangan bersedih' , pengarang : dr aidh bin abdullah al-qarni

p/s : khas buat para sahabat yg sedang bersedih...semuga kita sentiasa tabah menjalani Ujian-Nya....