Thursday, September 11, 2008

erm...sedapnya kuih raya!!!

erm....nampak sedap kan kuih raya tu??
tempah la sementara stock masih ada!!!!tp bukan kat sy tau...

>> abes tu??
>>>kan da ade contact nama kat brochure tu...
tempah jgn x tempah!!

Sunday, September 7, 2008

Gejala forward tanpa usul, surat berantai & horoskop

Gejala Forward Tanpa Usul, Surat Berantai & Horoskop

Ketiga-tiga perkara di atas sudah tentu telah menjadi kebiasaan kita menerima atau melakukannya. Ini kerana mentaliti masyarakat yang memandang remeh akibat perbuatan mereka, dimana kemungkinan ada rakan kita yang teraniaya kerananya.

Sering kita terima mesej-mesej yang di-forward-kan melalui e-mel ataupun Instant Messenger yang hampir semuanya datang tanpa usul periksa orang yang melakukan. Padahal mungkin mesej itu direka untuk menganiaya pihak tertentu, dalam bidang politik, bisnes, pengaiban dan sebagainya. Apakah dalam keghairahan ingin berkongsi berita panas dan sensasi, kita lupa untuk mempertimbangkan kebarangkalian berita itu palsu? Ini adalah bertentangan dengan ajaran al-Quran:

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat 49:6)

Namun bukan semua yang di-forward berunsur berita atau fitnah. Banyak juga yang dipanggil Surat Berantai ataupun "Chain Letter", dimana ia menuntut kita melakukan sesuatu seperti mengedarkan mesej tersebut sebanyak beberapa kali, supaya terselamat dari suatu bala atau supaya hajat kita tercapai. Tidakkah kita mencari perlindungan entiti lain apabila kita melakukan seperti dituntut kerana takut bala akan menimpa? Sedarlah bahawa:

Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui. (Al-Ankabut 29:41)

Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah. (Al-Hajj 22:73)

Dan apabila kita melakukan seperti yang dituntut surat berantai tersebut, tiba-tiba hajat kita benar-benar tercapai. Kebetulankah? Rugilah kita andai tergolong dalam golongan yang percaya tercapainya hajat kita kerana melakukan perbuatan-perbuatan syirik seperti yang disebut dalam hadis ini yang bermaksud:

Dari Zaid bin Khalid al-Juhani, katanya: "Kami bersembahyang subuh dengan Rasulullah s.a.w. di Hudaibiah, sedangkan pada malamnya hujan turun. Setelah selesai, beliau menghadapkan mukanya kepada orang banyak seraya berkata: "Taukah kamu apa yang telah dikatakan Allah?" Jawab mereka itu: "Allah dan RasulNyalah yang mengetahui." Kata Rasulullah s.a.w.: "Allah telah berkata: "Pada pagi ini ada diantara hamba-hambaKu yang percaya kepadaKu dan ada pula yang ingkar; adapun yang mengatakan: "Kita telah kedatangan hujan dari kurnia Allah dan rahmatNya, maka orang itulah yang beriman kepadaKu dan ingkar kepada bintang-bintang; adapun yang berkata, kita telah dituruni hujan sebab bintang Anu dan bintang Anu, maka orang itulah ingkar kepadaku dan percaya kepada bintang-bintang. " (Sahih Muslim, 1:132:33)

Mahukah kita tergolong dalam golongan orang yang percaya bahawa bintang sekian yang menjadikan sesuatu kejadian? Adakah kita percaya takdir Allah telah tersurat didalam horoskop rekaan manusia? Fikirkan.

Dapat kita perhati bahawa tuntutan ayat-ayat al-Quran dan hadis di atas adalah untuk memastikan keharmonian umat Islam melalui penggunaan akal bagi membezakan yang baik dan buruk. Siasatlah usul berita sebelum menyebarkannya. Berlindunglah pada Allah. Berimanlah pada Allah dan iringilah usaha dengan doa dalam keinginan mencapai suatu hajat. Marilah kita merenung ayat berikut agar menjadi peringatan kepada kita:

"... dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akal-nya." (Yunus 10:100)

Akhir kata, sama-samalah kita menggunakan akal demi menjamin keadilan dan kesejahteraan umat.

Ahmad Syazwan bin Md. Sani
Head of Academic & Career Bureau
Usrah Institution 2008/2009
Multimedia University
Cyberjaya Campus

p/s : pernah ditegur org dek kerana gara-gara perbuatan ini...Alhamdulillah...teguran itu mengajar penulis beringat sebelum forward! selamat berpuasa semua!!

Friday, September 5, 2008

am i strong enough??

hurm....ramadhan sudah berlangsung 5 hari...berbeza dr tahun lepas aku merasakan ramadhan kali ini memberi cabaran baru buat diri ku...sungguh aku terasa berat menghadapi setiap hari2 yg akan berlangsung..mungkin ini salah satu cara Allah ingin menguji sejauh mana aku mampu bertahan terhadap semua ujian nya....tetapi bila di hitung..br shj 5 hari berpuasa aku hampir give up..kdg2 aku bertanya...am i strong enough to face all this?tp cepat2 aku beristighfar memandangkan Allah tidak akan menguji hamba-Nya sekiranya hamba itu tidak mampu menghadapi ujian-Nya...

"semoga aku sentiasa tabah menghadapi ujian-Nya"